Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kawa-kawan sekelian, lama dah tak post apa-apa kat sini maklumlah sekarang ni tengah sibuk sebab baru sahaja menyambut cahaya mata yang ketiga pada 28/10/08 baru ni. Apa pun aku mengucapkan selamat datang kepada "orang baru" dan terima kasih diucapkan kepada isteri tercinta kerana menghadiahkan penyeri hidup bagi kami sekeluarga. Kali ni dapat perempuan lagi, dah dua termasuk yang no dua.
Memang tak dinafi, anak adalah penyeri dan pelengkap kepada rumahtangga, tanpa mereka apalah ertiya hidup berumah tangga. Apapun rekod beranak tiga ini masih belum mampu dicabar oleh sahabat-sahabat ku yang lain. Baik yang sekampung atau seUKM dan sekursus tetapi sedang diekori rapat oleh yang lain. Maklumlah aku ni kawin masa tahun dua diuniversiti tapi yang lain abih belajar baru nak kawin mana nak sempat kejar.
Apapun, beranak memang senang dan ramai orag beranak termasuk orang asli, tetapi mendidik anak-anak supaya menjadi orang berilmu dan beriman serta berakhlak mulia, memang sukar, tambahan pula persekitaran yang tidak menyokong, Pada Allahlah kita berserah semoga anak-anak kita menjadi orang-orang yang soleh, amin ya rabbal 'alamin..

2 comments:
Tahniah syeikh... moga bahagia sokmo... kawe sedang mengekori demo.. doakan kawe pulok deh
pakat-pakat peramai umat nabi Muhammad....
Post a Comment