Monday, December 29, 2008

Awal Muharram dan Hari Lahir..




Alhamdulilah, hari ini kita sudah melangkah ke tahun baru Islam. Sedar tak sedar sudah masuk ketahun 1430H. Selamat menyambut tahun baru Islam kepada seluruh umat Islam semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.



Tarikh 1 Muharram tahun ini juga menunjukan bahawa genaplah dua tahun umur anak keduaku, Nur Ainul Mardhiyyah yang menjadi permata hati dikalangan anak-anak yang semuanya seperti jantung hatiku. Semoga Allah menjadikan beliau sebagai anak yang solehah dan menjadi pejuang kepada agama Allah ini.




Teringat aku pada raya haji lepas, semasa balik kampung, adikku beriya-iya menghadiahkan sebuah basikal kepada Mardhiyyah. Tetapi hajat itu tidak kesampaian kerana semua kedai menjual basikal dikawasan kampungku masih lagi tutup sempena raya. Maka pada hari tersebut jugalah anakku mulai demam panas. Pada petang tersebut juga aku bertolak balik ke Kelantan.




Pada malam tersebut demam beliau semakin tinggi dan memaksa aku membawanya ke wad kecemasan Hospital Tumpat, nak pergi klinik swasta tiada yang buka 24 jam. Dua hari di Kelantan dan satu hari di Terengganu demamnya masih belum kebah. Sampai di Bangi, paginya terus ku bawa ke Klinik Kesihatan, dua hari belum kebah lagi. Lantas aku teringat kepada basikal yang ingin dihadiakan oleh "Su Pah". Petangnya terus aku ke Tesco untuk membelinya. Sampai di Tesco aku letakkannya dia atas basikal dan beliau tersenyum tapi takut-takut.




Pada malamnya demamnya sudah tiada bagaikan dicampak ke laut, Mardhiyyah teruja dengan basikal baru, seronok bermain dan aku terfikir mungkinkah dia demam sebab tak sampai hajat "Su Pahnya", atau mungkin peristiwa ini kebetulan sahaja. Esok malam, mak dan adik ku menelifon dan berkata "kan aku dah cakap, beli je basikal sembuh lah dia". Macam-macam.....




Apapun tahun baru ini menjanjikan kebahagian kepada kami sekeluarga apabila anak bertambah kepada tiga orang. Aku berdoa semoga tahun baru ini agar Allah menambahkan Iman kepada kami sekeluarga dan menjadi keluarga yang soleh...Amin ya rabbal alamin...

0 comments:

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??