Wednesday, December 31, 2008

Bantulah israel dan Palestin...!!

Dengan semangat hijrah yang dapat dirasai diseluruh alam maya. Dengan tulus ikhlas dari lubuk kedalaman hati, marilah kita sama-sama umat Islam di seluruh dunia membantu israel dan Palestin dalam lembaran penderitaan baru yang tiada penghujungnya.

Para sahabat kehairanan tatkala Rasulullah SAW menyeru supaya di bantu orang yang melakukan 'Kezaliman dan Orang yang dizalimi', kerna bagi mereka, bisa saja membantu orang yang dizalimi tetapi bagaimana membantu orang yang melakukan kezaliman. Nah..!! atas semangat tema hadis inilah saya menyeru para sahabat, kawan-kawan dan seluruh umat manusia terutamanya yang beragama Islam untuk membantu israel dan Palestin.

Bantuan yang perlu kita berikan kepada israel ialah dengan cara menghentikan/ menghalang keganasan mereka ke atas rakyat Palestin dan itu jugalah maksud hadis Rasulullah SAW itu tadi. Manakala bantuan kepada Rakyat Palestin, itu kita sedia maklum....

Oleh itu saya menyeru kepada semua supaya membantu rakyat Palestin dengan cara berdoa, berdemonstrasi, menghulurkan bantuan perubatan, kewangan, makanan dan bantuan lain yang sewaktu dengannya. Kita juga perlu membantu israel dengan cara berdoa agar tumpas, berdemonstrasi di kedutaan "penjaga' mereka, memboikot barangan israel dan AS atau kesana terus untuk berperang, pilih mana yang larat anda pikul. Atau setidak-tidaknya kutuklah mereka dalam laman blog sebegini. Seperti kataku "israel laknatullah, amerika Laknatullah!!!".

Dalam keadaan meruncing begini, satu tindakan yang drastik dari seluruh negara umat Islam sangat diperlukan, nak harapkan PBB pun tak buleh, Ban Ki Moon macam lembik teloq je semasa mengulas isu ini, sedangkan jelas israel melanggar piagam antarabangsa setelah melanggar perjanjian damai dan genjatan senjata. PM kita pula agak lembut dalam menyentuh isu ini, tiada kecaman yang diberikan kepada israel dan AS Laknatullah. OIC pula memang tak de taring, dah negara anggota dizalimi sebegitu rupa masih terkial-kial mencari arah. Mungkin OIC masih terbawa-bawa harga minyak murah dek tak lagu dipasaran dunia.

Negara-negara jiran pula tidak membantu, bahkan dikatakan mesir dan arab saudi bersekongkol dengan israel dalam komplot terbaru ini. Kemana Liga Arab ? ke dah masuk liga bola sepak !. Pak-pak arab ni lebih suka melihat tarian gelek daripada mengambil tahu masalah jiran-jiran mereka. Hairan juga kita , Nabi pernah kata, umat Islam akan dipenyek diakhir zaman sedangkan bilangan Umat Islam ramai.. Memang betul, ia telah terjadi dan sedang berlaku, umat Islam terlalu ramai didunia ini, dinegara umat Islamlah tertanamnya 'permata hitam diperut bumi' yang boleh mengawal dunia tetapi semakin ramai umat Islam dan semakin kaya negara umat Islam maka semakin lemahlah umat dan negara umat Islam, kenapa dan mengapa ??.

Kalau al-Quran menceritakan, pada awal Islam. Nisbah peperangan umat Islam melawan musuh ialah 1:10, iaitu seorang Islam mampu menewaskan sepuluh musuh, tetapi bagaimana dengan kita sekarang ini, nisbah berapa ??. Walhal bilangan kita juga ramai. Maka jadilah kita bagaikan buih dilautan yang tiada apa ertinya. Begitulah bandingan iman yang dimiliki oleh Para Sahabat yang mampu mengalahkan 10 orang musuh, sedangkan kita satu lawan satu pun belum tentu. Maka kuncinya adalah iman. Siapa boleh pertikaikan iman ahli badar yang berjumlah 313 orang tidak lengkap senjata yang mampu mengalahkan 1000 musuh yang lengkap bersenjata, siapa yang mampu mempertikaikan iman mereka.

Maka sempena dengan tahun baru Islam ini marillah kita memperkuatkan iman, kerana itu adalah benteng termahal yang dimiliki oleh kita. Jika kita mempunyai iman seperti Para sahabat maka rakyat Palestin dan israel tidak akan dibiarkan begitu saja, jom bantu mereka.....


Dimana anda ketika demonstrasi di kedutaan AS semalam?
JOM BANTU israel DAN PALESTIN !!
BANTULAH ORANG YANG ZALIM DAN ORANG YANG DIZALIMI...
SALAM INTIFADAH 1430H

israel JAHAT...!!!!

0 comments:

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??