Monday, December 22, 2008

Rangkuman Yang Terlepas....

Lama dah rasanya tak usik blog ni, semenjak ada anak kecil ni....dan mood cuti belum habis lagi. Rasanya aku nak rangkumkan peristiwa yang terlepas dari dirakam dilaman ini. Rasa sayang juga jika peristiwa yang berlalu sedikit masa yang lalu dibiarkan begitu saja.

Aku nak mulakan dengan Hari Raya Haji tahun ni, kerana memang setiap tahun aku akan merayakannya di Patani bersama keluargaku disana, tapi kalu raya pose biasanya di Kelantan je sebab cutipun pendek. Satu peristiwa pada malam kedua raya ingin dikongsi ialah, mudahnya penggunaan senjata api, tembak-menembak macam main mercun je kat sana. Peristiwa ni bukannye besar sangat, ia berlaku betul-betul depan rumah aku, lebih kurang pukul 3.30 pagi. Dua das tembakan dilepaskan ke langit bagi menakutkan seorang pemuda dari Narathiwat yang kebetulan mengejar seorang lelaki dan perempuan dengan sebuah motosikal.

Kesnye kecil je, cuma berebut makwe je, tapi bila sampai kat kampung aku, kebetulan masih ramai pemuda yang sedang lepak di sebuah kedai kopi yang sedang menonton perlawanan bolasepak. Pemuda Narathiwat yang mengejar tersebut teruk dibelasah oleh budak-budak kampung.. kesian-kesian jadi roti canai budak tu..... yang aku terkejut ialah mudahnya budak-budak kampung tu menggunakan pistol dan menembak ke langit... teruk-teruk....Nasib baik tentera yang berkawal di persimpangan jalan masuk ke kampung tak masuk campur....

Masa aku kat siam ni, minyak kat negara kita RM 1.90 seliter, isi penuh tangki kat Rantau Panjang, naik hairan juga, kemana habih kereta siam yang biasanya beratur panjang untuk isi minyak. Bila sampai Siam baru aku tau, petrol kat negara dia lebih murah berbanding negara kita iaitu kira-kira RM 1.62 seliter. Siam tak de minyak buleh jual murah, Malaysia kaya minyak buleh jual mahal. Oh ye Malaysia Buleh. Aku isi 200 bhat iaitu kira-kira RM 20 di Patani ketika lampu dah kelip-kelip merah dan bila sampai kat Tak bai lampu kelip-kelip merah menyala lagi, maknanya RM 20 untuk perjalanan 150KM dengan kelajuan 140 Km/j. OK ke KO..??

Keduanya, aku ingin mengucapkan takziah kepada mangsa kejadian banglo runtuh di Ulu Yam dan Bukit Antarabangsa, Sesungguhnya peristiwa tersebut betul-betul memberikan kita satu isyarat bahawa bumi kita memang sudah tua, dimanapun kita berada risiko tetap ada, lebih-lebih lagi dilereng dan dipuncak bukit. Kita sedia maklum kejadian ini menimpa mereka-mereka yang kaya dan "tinggi-tinggi". Mengenai tohmahan mangsa kejadian tanah runtuh terhadap pihak keselamatan dan wujudnya kasino disalah sebuah banglo yang ranap, itu aku tak amik pusing, cuma yang diharapkan bagi mereka yang terlibat hendaklah sentiasa bertaubat dan bersyukur diatas apa yang telah berlaku. Begitulah, duduk tempat rendah ditenggelami air, duduk tempat tinggi begini pula jadinya..

Ketiganya, mengenai PRK Kuala Tganu. Asalnya ahad semalam akan diumumkan calon Pas tetapi ditunda ke awal januari, pasal ape akupun tahu. Tapi cakap-cakap politik mengatakan masing-masing nak kan calon dari kalangan orang masing-masing, dengar khabar abg mat terpaksa tunggu PRU lagi sekali untuk jadi calon, kerana "orang luar" dijadikan alasan. Padahal abang Mat dah menang dalam PRU yang lalu tapi dikalahkan oleh undi pos saje, ingat lagi tak PRU baru ni. Keupayaan abg Mat dipertikaikan tanpa kajian dan pemerhatian yang menyeluruh. Aku sendiri pun tak paham politik negeri nganu, apa pun kita serahkan saja kepada kebijaksanaan pimpinan PAS.

Terlanjur cakap pasal Tganu, sebenarnya balik ke KL lepas raya baru ni, aku ikut Tganu, tidur semalaman di Dungun, rumah kakak ipar. Esok pagi aku sempat patah ke Kuala Terengganu untuk melihat masjid kristal al-hadari di Taman Tamadun Islam. Nampak macam biasa je, tapi kosnya tinggi, masjidnya sempit je...

Keempatnya mengenai debat khairi dengan Husam di Balai Islam Lundang, tulisan ini sebenarnya ditulis selepas menyaksikan siaran rakaman debat tersebut, apa yang dapat aku simpulkan, ialah khairi bercakap tak supe bikin, macamana dia buleh masuk oxford. Husam macam biasalah dengan "penumbuk" dan "penyepaknya" penuh fakta. Tapi yang aku tabik ialah Prof Aziz Bari, dia cakap stret je main hantam je, tapi yang banyak kena ialah khairi dan umno barisan xrasional.

Akhir sekali aku nak sentuh sikit mengenai lirik lagu Dr Asri yang diharamkan oleh rtm. Apa punya pikirpun aku tak tau lah dia orang ni, lirik macam ni punya ikhlas pun diharamkan, "keras" dan 'Kasar" katanya. Keras dan kasar untuk siapa wei, semestinya untuk orang yang makan "cili" la. Takkan pedas kalau tak makan.... insaflah umno... mati nanti susah....


korang baca sendiri lirik tu, kasar ka??


0 comments:

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??