Friday, January 2, 2009

Selamat Hari Lahir Isteri Tercinta

Hari ini 2 Januari 2009, maka genaplah 29 tahun usia isteri tercinta. Sedar tak sedar usia kami dah menghampiri 30. Dikesempatan ini juga aku ingin mengucapkan selamat hari lahir buat isteri tercinta, semoga panjang umur murah rezeki dan sentisa ditambahkan iman oleh Allah SWT. Dihari bahagia ini juga ku ingin memohon maaf diatas segala kesilapan dan kesalahan ku sepanjang ku memilki mu.

Hari ini juga adalah hari pertama isteriku ke sekolah setelah cuti bersalinnya habis. Macam biasalah dah seisi persekolah nak bermula maka para guru akan 'sibuk-sibuk' membuat persiapan bagi seisi persekolahan 2009. Apapun tahun ini amat mencabar bagi kami berdua kerana kami terpaksa meninggalkan anak ketiga kami yang masih kecil kepada ibu pengasuh Mardhiyyah, bimbang juga kami dibuatnya maklumlah anak masih kecil dan budak kecil lain lagi yang dia jaga, takut nanti tak sempat nak 'jaga'. Kalau anas, usia 4 tahun dan Mardhiyyah 1 tahun baru kami tinggalkan kepada ibu pengasuh. Apapun hanya itu pilihan yang ada sekarang ini, tawakkallah.

Apapun untuk kali ini, sekali lagi aku ucapkan selamat hari lahir dan semoga bahagia selalu serta terima kasih kerana sudi berkongsi hidup denganku walaupun segala pahit maung pernah dirasa bersama. TERIMA KASIH>>>>>

0 comments:

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??