Takziah aku ucapkan buat sahabatku seorang ini kerana terpaksa melalui saat-saat segala macam kepedihan ini. "Line tak dok (stremyx ada di sekolah), Jarak jauh, susah nak makan, anjing berkeliaran macam ayam, orang kristian sajo dan tok leh semaye jumaat". Itulah rintihan yang sempat di taburkan buatku. Beliau juga meminta agar Kementerian menanggung jumaat bagi mereka semua.
Dalam membilang jemaah Islam yang iak sampai 40 orang bahkan hanya sekitar 10 orang saja, maka sukar baginya untuk solat jumaat bahkan masjid juga tiada disana. Lantas aku menjawab "semaye je lah, mu jadi tok imam dan baco khutbah, sebab hok tu perbezaan mazhab jah..!!"
Sahabat ku yang dikasihi..
Mengenang nasib mu, pilu rasa hati. Tatkala sahabat-sahabat kita yang lain bersenang-senang saja, Napi jadi guru di Kl, Sedi di Serdang, Pok Loh di Kuala Teganu, Wan pula pensyarah UITM perak, Sepu pegawai Tinggi di MINDEF, Dol kontraktor kecil berjaya di kampung, Jeman Pengusaha lintah berpotensi di kampung dan aku biasa-biasa saja. Cuma kau yang paling hebat diuji.... Bersabarlah mungkin disana ada sinar dan rahmah yang menanti...
Disini aku titipkan sedikit panduan dari kesempatan yang jahil ini buat mu wahai sahabat agar jumaat lusa akan tertegak di tempat mu...
Aku hanya sempat belek kitab Fiqhu Sunnah Karangan Sayid Sabiq, cuba tengok dalam jilid 2:
Bilangan Pengikut Solat Jumaat:
"Tidak ada perselisihan diantara para ulama bahawa berjamaah adalah salah satu syarat sahnya jumaat, berdasarkan hadis Thoriq bin Syihab bahawa Nabi SAW bersabda:
الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة
"Jumaat itu adalah hak kewajipan setiap orang Islam dengan berjamaah"
Tetapi mereka berselisih pendapat mengenai jumlah pengikut yang menghadirinya, hingga ia dapat dikatakan sah. Mengenai hal ini ada 15 pendapat sebagai disebutkan oleh Hafizh dalam Al-Fath. Adapun pendapat yang kuat ialah bahawa jumaat itu sah sekalipun hanya dengan dua orang pengikut atau lebih, berdasarkan sabda SAW:
الاءثنان فمافوقهما جماعة
"Dua orang atau lebih itu dianggap berjamaah"
Berkata Syaukani: "menurut ijma', solat-solat linnya sudah cukup disebut jamaah dengan diikuti oleh dua orang saja dan jumaat termasuk dalam solat itu, maka tak dapat dikatakan ia mempunyai ketentuan tersendiri dan menyalahi yang lain-lain, kecuali bila ada dalil dan keterangan. Sedang dalam masalah jumlah pengikut ini tak ada keteragan yang mengharuskan lebih dari lainnya".
Berkata pula Abdul Haq:" Tak ada keterangan dari hadis yang menyebutkan bilangan pengikutnya". Juga Sayuti mengatakan bahawa mengenai jumlahnya, tidak dijumpai dalam sebuah hadis pun. Dan diantara ulama yang berpendapat seperti ini ialah Thabari, Daud, Nakh'i dan Ibnu Hazmin.
Tempat Berjumaat
Dimana-mana saja (kat umah sewa hang pon boleh, sekolah pun boleh, dalam atau luar bagunan)
Khutbah Jumaat:
1. Sunat Khatib memberi salam bila telah naik mimbar
ان النبى صلى الله عليه وسلم كان اءذا صعد المنبر سلم
"Bahawa Nabi SAW bila naik mimbar lalu mengucapkan salam". (Ibn Majah)
2. Sunat Bilal azan ketika khatib duduk atas mimbar dan iqamah ketika khatib telah turun
كان بلال ئوذن اذا جلسالنبى صلى الله عليه وسلم على المنبر ويقيم اذانزل
3. Isi Khutbah
Disunatkan khutbah itu mangandungi pujan kepada allah SWT dan sanjungan terhadap Nabi SAW (Selawat), Nasihat dan bacaan al-Quran
4. Berdiri dalam kedua khutbah dan duduk di antarnya.
5. Sunat Mengeraskan suara dan memendekkan khutbah serta menumpukan perhatian padanya.
Sory la, aku dah penat nak tulis dalil untuk point-point ni, cuma kalu mu nak semak, rujuk kitab ni jilid 2 berkaitan Perihal Solat Jumaat, terjemahan melayu pun ada, BI tak pasti lah pulak.. Kalau mu faham apa yang aku tulis ni InsyaAllah lusa buleh buat jumaat.. Bukannye susah pun..
Kalau nak baca web lain yang berkaitan pun ada untuk rujukan: tapi jangan pening-pening pulak dengan perbezaan mazhab ni, sebab kita mesti berlembut dan berlapang dada dalam perbezaan fekah tetapi tegas dalam akidah:
Cuma ini sedikit coretan yang aku sempat cari dan belek untuk panduan sahabat ku di sana, semoga syariat tuhan tetap tertegak walaupun di Pedalaman Kapit.....
Di Dedikasikan Khas buat sahabatku.. Kolek.....

0 comments:
Post a Comment