Sunday, January 18, 2009

Terima Kasih Rakyat KT....

Pertamanya aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi Islam dan juga kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam melaksanakan gerak kerja di KT. Juga kepada kawan-kawan aku kat KT tu, walaupun tak boleh mengundi kerana hang orang Kelantan tapi turut sama membantu Parti Islam disana. Jauh dilubuk hati, memang aku nak pergi ke KT tapi apakan daya, hari sabtu pun masih kerja.

Tahniah juga diucapkan kepada Hj Abdul Wahid Endut kerana telah "mematahkan" tengkok farid, lepas ni tugas makin banyak kerana kawasan dah makin besar, rakyat makin ramai. Tapi itu bukan penghalang kepada semua wakil rakyat Parti Islam kerana Amanah Allah lebih diutamakan. Cuma nak tanya YB baru ni, Ustaz Idris Endut, pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM tu adik beradik ka ??. Pensyarah aku dulu ni, mukanya hampir sama, sama potongan badan, orang ganu jugak tu. Cuma bezanya pensyarah aku ni aliran agama ajar tasauf pulak tu kat dalam kelas, tapi YB baru jurusan Perikanan dan Sains Marin. Apa pun sama-sama ustaz kan.

Semangat Pilihanraya rakyat Malaysia nampaknya masih belum berubah, masih sama sejak 8 Mac lalu, Nampaknya jalan ke Putrajaya semakin hampir.....Takbir..!!!!

3 comments:

Hamidi said...

betul tu...jalan ke putrajaya makin hampir... teruskan jihad kita

jihad4iman said...

dekat benar, belakang umah kawe je, cuma jln ke tempat keja kawe je jauh, huh...

Hamidi said...

jauh berjalan, byk pengalaman, berpanas berhujan bukannya halangan, jihad 4 iman tetap diteruskan...

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??