Itulah ucapan paling kurang cerdik yang pernah aku dengar daripada mulut seorang menteri, siapa lagi kalau bukan pak saberi buih-buih tu. Beliau menegaskan sedemikian kepada para pelajar di London ketika seisi perhabis duit kerajaan semalam dgn pak noh. "Melayu jangan Paling Tadah Terhadap amno" sama maksud dan sama tujuannya dengan ungkapan "Arab jangan Paling Tadah Terhadap jahiliah". Samakan..?? sebab jahiliahlah yang telah bertapak lama dalam masyarakat arab, mereka senang untuk melakukan dosa, bunuh anak, menipu, rasuah, pecah amanah, minum arak dsbnya. Jadi, arab jangan berpaling tadah terhadap jahilih, sebab semua keseronokan dunia ada...
Begitu juga dengan amno, dengan segala macam kerosakan, penyelewengan, keganasan, kejahatan dan keseronokan yang dijanjikan oleh amno, maka mustahil melayu perlu berpaling tadah terhadap amno. Maka tak hairanlah saban hari melayu amno, dituduh sebagai perasuah, penzina, pengebom C4 berani mati, peraba, penculik, kukubesi, tahi gigi dan sebagainya.. sokonglah amno, macam-macam ada, cerah masa depan....
Sehari dua ni, kalut di perak mengenai dua orang adun behrang dan changkat jering yang dikatakan diculik oleh amno keturunan pengebom C4 berani mati. Kalau tak silap dah hampir seminggu lubang hidung mereka tak kelihatan. Speker negeri perak telah mengumumkan kekosongan dua kerusi terbabit setelah berkurun lamanya mereka tidak dapat dihubungi. Tetapi dua orang tu nafi yan mereka telah meletak jawatan dan katanya semalam nak buat sidang media, tapi yang hadir "pembantu khas" mereka berdua. Kata "pembantu khas", dua orang ni tak berapa segar dan sedag bercuti dan berada di ibunegara dari pahang.
Mungkinkah mereka dari rumah pengebom C4 berani mati dan sedang melawat tapak "persemadian altantunya" di dalam hutan tu la. Baik, kalau betul mereka sakit, bukankah jika kita mengemukakan sijil cuti sakit, maka kita perlu berada di wad hospital ataupun berehat di rumah, tapi dua adun ni siap kesana kemari dari pahang ke kl walaupun tak berapa segar, salah ni kalau buka Perintah Am Bab cuti ni... mungkin mereka tak masuk kursus induksi dulu ni.
Pak albar pulak dalam paper hari ni kata, beliau tak caya yang mamat dua orang kena culik ngan amno. Alasannya mereka berdua sudah cukup dewasa untuk menjaga diri masing-masing, mereka bukan kanak-kanak. Pak albar.....pak albar... kau ni memang ta layak jaga keselamatan dalam negeri. Sekian banyak rakyat kita kena culik, kena bunuh, kena rogol kena bom, adakah mereka belum cukup dewasa untuk menjaga diri masing-masing, adakah kugan masih bayi ketika dibunuh dalam tahanan dan altantunya almongolia masih kanak-kanak ketika di bom. Kalau betul mereka tak diculik bagi mereka pulang ke rumah..
Aku tak heran kalau amno setakat culik dua orang sebab dulu di kelate mereka penah culik lima orang adun pas dan dikurung selama sebulan di kl, tapi perancangan Allah lagi hebat, mereka gagal diperdayakan. Satu bacaan Anwar yang cukup hebat, bahawa budak-budak mereka ni memang tak boleh "tidur dalam perut" sebab tu pak anwar awal-awal lagi mengikat mereka dengan surat akujanji dan sumpah taat setia kepada parti, seandainya mereka "berniat" meninggalkan parti maka kerusi tersebut harus dikosongkan.
Apapun aku mendoakan agar kedua-dua kerusi ini betol-betol kosong dan dipertandingkan, bila buat PRK, rakyat behrang dan changkat jering lebih tahu siapa dan parti mana yang mereka mahukan, semoga Allah menggagalkan perancangan jahat amno wal barisan nasional.

0 comments:
Post a Comment