Aku juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk sama-sama 'Menunjuk Kasih" kepada bahasa dan bangsa bersama-sama Pak Said dan tokoh-tokoh yang lain. Mulanya tidakku sangka himpunan ini dilayan sama seperti himpunan lain yang pernah kusertai. Maklumlah, adanya tokoh bahasa, ahli akademik yang banyak berjasa kepada negara mana mungkin polis dan kera jaan tergamak mengasari mereka, ternyata jangkaanku meleset. Siapa saja yang menentang dasar kera jaan maka dianggap pederhaka, perlu ditembak atau ditangkap.
Pak Said sendiri perlu menelan gas pemedih mata yang dihadiahkan oleh kera jaan kepada beliau di atas jasa memartabatkan bahasa dihujung usianya. Apapun beberapa insiden yang tidakku setujui dalam program ini, terutama melibatkan anak-anak muda yang ghairah bertempur dengan anggota keselamatan yang kita maklum bertindak atas "arahan" amno bn.
Antaranya mengeluarkan perkataan kesat kepada polis, seperti "anjing, babi, anak haram, sial dan macam-macam perkataan lain" yang jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan Islam bahkan perjuangan bahasa itu sendiri, bagaimana kita mahu memartabatkan bahasa melayu yang dikatakan bahasa yang penuh adab dan sopan itu jika kita sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian. Anak-anak muda yang menghamburkan kata-kata sedemikian adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Walaubagaimanapun tidak saya nafikan bahawa, sebahagian anggota keselamatan dan pemimpin amno bn bersifat "kebinatangan" terhadap rakyat yang 'menegur" mereka.
Kedua, para peserta program membalas tembakan anggota keselamatan dengan batu, nyaris nak kena kepala aku tu. Bayangkan ketika kejadian baling membaling, aku hanya berdiri beberapa meter sahaja dengan anggota keselamatan, sambil merakam kejadian dari jarak yang terdekat. Akhirnya aku tak tahan, depan polis tembak, belakang member-member baling batu, aku tersepit. Memang, kalau diikutkan hati rasa juga nak membaling tetapi perkara ini akan dijadikan"modal" oleh polis untuk terus menyerang dan menangkap kita. Hati memang panas, kiat nak jumpa 'Tuanku" tapi dihadiahkan gas pemedih mata dan air asid pula, hati mana tak menggelegak. Sepatutnya kita lebih "berlembut", biar polis serang, kita berlari-lari anak sahaja. Sebab lain kali nak demo lagi, takut tindakan lagi teruk, kalau dilepaskan c4 kan lagi nanya.
Ketiganya, jam menunjukkan tidak sampai setengah jam lagi untuk azan asar tetapi para peserta program meninggalkan masjid setelah hampir azan, selepas solat, ku berpaling kebelakang, ciput aje yang mengambil bahagian. Kemana peserta program yang gagah berani bertempur dengan polis tadi yang sanggup mati dijalanan. Sedih bila lihat keadaan di dalam masjid, 15 minit yang lalu ribuan manusia membanjiri perkarangan masjid tapi bila tiba time sembahyang tingal beberapa saf sahaja, mungkin mereka dah jama' awal-awal tadi kot.
Apapun perjuangan ini baru bermula bukan pengakhiran, saksikan rakaman "Israel Mengamuk Di Masjid Negara" yang telah dirakam oleh ku secara merbahaya:
(maap, video tak leh upload, dah banyak hari cuba. Tengok gambar tu je lah)..
2 comments:
salam... kelik kg ko cuti nih??
salamaalaik...x kelik bro.. x dop mugo gotu..
Post a Comment