Assalamualaikum dan selamat kembali kepada semua kawan-kawan rasanya sudah lama tidak menulis di blog ini, maklumlah sibuk memanjang. Seperti biasa pantang ada perhimpunan besar-besaran membabitkan isu rakyat, aku pasti rindu untuk ke sana.
Semalam 1 Ogos adalah perhimpunan Anti ISA, dan aku adalah salah seorang yang mengalami pengalaman yang teruk semalam. Aku bertolak ke sana hampir jam 12 tengahari, selepas muzium negara, jalan menuju ke Masjid Negara ditutup untuk semua kenderaan, bahkan jalan kaki pun tak boleh pergi. Seterusnya aku ikut jalan lencongan yang ditetapkan, dengan perasaan buta dan tuli kerana memang aku agak "buta" mengenai jalan-jalan sekitar KL, jumpa je papan tanda ke dataran dan masjid negara terus meluru laju. Nasib baik aku ke KL naik moto, sebab ramai member2 aku yang naik train komuter semuanya terkandas di KL Sentral, tak boleh masuk KL. Aku meninggalkan moto di jalan TAR.
Selepas pakai kasut aku terus ke Masjid Jami' dengan berbekalkan air mineral botol kecil utk "merawat" jika terhidu gas nanti.Kali ni aku keseorangan je sebab Ust sol kursus di Genting, Ust yus ada kelas di UM, yang lain tak dapat pegi. Ramai juga yang naik train, tapi aku tak boleh ikut group mereka kerana aku terpaksa balik awal sedikit kerana ada diner di hotel di damansara pada sebelah malamnya.
Sampai je di masjid Jami', aku terlihat beberapa orang sudah ditahan polis dan sedang berehat dalam lori polis. melihatkan orang yang tidak ramai, aku bergegas ke Masjid negara. tapi jalan ke sana semuanya ditutup maknanya tidak ada solat berjamaah lah pada hari tersebut. Kebetulan ada seorang kakak yang aku sempat bertanya, dan memaklumkan kita ke Masjid India untuk solat zohor dan dari situ baru ramai-ramai ke sogo.
Baik, selesai aje solat zohor di Masjid India kami terus bergerak ke Masjid Jami sekali lagi, bila keadan semakin ramai di tambah dengan jamaah dari masjid jami' yang tidak boleh keluar masjid, maka berasak-asak lah dan berlaku ketegangan akibat dari halanagan polis itu. Selepas arahan polis dikeluarkan, polis ala israel itu pun bertindak mengempur kumpulan ramai dan menangkap serta memukul beberapa peserta himpunan, setelah itu di tembak beberapa das gas pemedih mata, mengakibatkan semua peserta himpunan lari lintang pukang.
Selepas itu peserta himpunan berpecah, dan berarak pula ke Sogo. Bila sampai di Sogo, Pimpinan Rakyat memberikan ucapan, antaranya Salahudin Ayub, Syed Ibrahim syed Noh dan beberapa orang pimpinan lagi. Selepas ucapan tersebut, peserta himpunan bergerak menuju ke stesen LRT Sogo dan disini berlaku ”pertentangan” sengit dengan polis ala yahudi, Para Peserta tidak kira tua, muda, tino jantan bahkan makcik-makcik yang tua pun tidak terlepasa dari ditembak dengan air berasid. Selepas itu polis melepaskan gas pemedih mata pula, di sini lah pengalaman yang paling perit yang pernah aku rasa, kerana aku tidak boleh bernafas beberapa ketika, dalam hati kalu aku mati kerana ini maka aku meredainya. Tapi ternya tak mati lagi, pada ketika itu jugalah beberapa orang telah pengsan terhidu gas tersebut akibat dari kezaliman polis israel ini..
Setelah beberapa ketika bertarung dengan gas dan air asid, akhirna pada pukul 3. 40 aku mula melangkah pulang ke rumah utuk bersiap ke majlis lain pula pada petang tersebut. Tapi akibat pening kepala kerana banyak ”makan gas dan air asid” lama juga aku meronta-ronta cari moto entah kat mane aku parking. Setelah puas pusing-pusing akhirnya jumpa jua, maklumlah kepala sudah pening ma....tambah lagi perut lapar kerana tak makan tengah hari.
Pada pukul 6.30 semasa bertolak dari Pj ke Damansara utk satu program, tiba-tiba talifon berdering dari Ust Alif, budak Mpi yang memaklumkan beliau ditahan bersama-sama dengan rakan-rakan beliau yang lain di kawasan LRT Sogo dan sekarang berada di PGA Cheras, kesian juga kat budak ni, hampir menangis dia, maklumlah kalau diambil tidakan pasti beliau akan dibuang dari pengajian. Tapi aku ingat nak melawat beliau, tapi masa tu aku tumpang kereta bos dan ramai yang lain lagi barsama aku utk program malam tadi. Jam 9.00 mala pula aku menerima sms dari seorang rakan utk melawat naqib usrah kami yang juga ditahan dan akan dibebaskan jam 10.00 malam. Tepat jam 10 aku menalifon ust alif dan beliau mengatakan akan dibebaskan. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah.
Itu lah kezaliman yang dilakukan oleh Polis dan kerajaan amno beand terhadap rakyat sendiri. Dan itu harga yang perlu dibayar untuk sebuah perjuangan...Teruskan berjuang wahai sahabat.......... saksikan gambar dan video yg sempat aku rakam, yg lain2 x larat nak upload:..
seorang peserta pengsan dipukul dan terhidu gas.....
budak ni pun pengsan kena gas kat sogo, nanya punya kes, 40 minit baru ambulan mai...
peserta himpunan berasak utk keluar dari masjid jami' selepas solat zohor
### Pesanan buat para pejuang diluar sana, supaya lain kali sila jaga adab anda, janganlah dok makin hamun polis tu, dan mencerca dengan kata-kata kesat. sehinggakan terlupa kita pada adab-adab berjuang..

1 comments:
bertaubatlah wahai manusia, sesungguhnya pintu taubat masih terbuka luas...
Post a Comment