
Itulah salah satu lirik yang terdapat dalam lagu "Pergi Tak Kembali" dendangan Pahlawan nasyid Allahyarham Asri Ibrahim yang selalu aku panggil Asri Rabbani. Berita kematiannya agak lambat aku ketahui iaitu pada pagi jumaat. Terkejut dan mengalir air mata disaat itu juga dan dikedai runcit itu juga,bila terbaca muka depan kosmo dan beberapa kahbar lain. Seorang pendakwah dalam seni nasyid yang tidak pernah aku tolak nyayiannya berbanding penasyid lain yang hanya satu dua lagu saja yang aku minati tapi, kumpulan Rabbani aku minat kesemuanya.
SELIMUT PUTIH
PERGI TAK KEMBALI
Pengalaman berbicara dengan ustaz Asri beberapa bulan lalu, merupakan pengalaman yang paling indah dan yang pertama dan terakhir dalam hidupku. Sebenarnya aku menghubunginya untuk menjemputnya datang ke tempat kerjaku bagi menyampaikan ceramah sempena peristawa kebesarn Islam, maklumlah isteriku pernah memanggil kesekolahnya untuk program ceramah yang sama dan isteriku sama-sama belajar dengan adik kepada ustaz Asri iaitu Kak Syitah (takziah dari kami untuk akak sekeluarga).
Semoga Allah mengampunkan segala dosa ustaz Asri dan diberikan segala kebaikan untuknya di sana.... Diatas segala usaha dakwah yang telah dicurahkan oleh beliau melalui lagu dan sebagainya......
Al-Fatihah...........

0 comments:
Post a Comment