Tuesday, November 24, 2009

Berkelana "Mencari" Anak Angkat

Bismillahhirahmanirrahim.....

Ku mulakan bicara ini setelah sekian lama menyepi. Dengan ucapan takziah ke atas sahabat ku Pok Loh kerana kematian anak dan kejadian yang menimpa ke atas isterinya. Hanya Beliau dan Allah yang tau betapa peritnya penderitaan yang ditanggung.

Cerianya begini, lebih kurang 53 hari yang lalu, isteri Pok Loh telah melahirkan seorang anak yang comel, tetapi malang ketika hampir melahirkan, isterinya telah di "serang" darah tinggi yang mendadak (entah dari mana)kerana beliau sihat walafiat sebelumnya. Beliau telah mengalami kekejangan ketika bersalin yang menyebabkan anaknya mati kelemasan dan menambahkan lagi kesedihan, rahim isterinya terpaksa di buang kerana pendarahan yang teruk.

Beberapa hari isterinya koma di hospital Kuala Teganu. Hari demi hari berlalu, kesediah dan kehibaa dikongsi bersama dengan kawan-kawan. Aku (dgn bini anak), Napi, Mesu dan Bidi sempat menziarahi Paklah dan Isteri ketika di Hospital. Ketika tu anaknya masih belum meninggal. Dan sekarang tiada apa yang perlu difikirkan oleh paklah, melainkan mengambil anak angkat sebagai mengubatai hati yang sengsara.

Untuk itu aku telah "memasang kaki" dengan beberapa orang bagi mendapatkan anak angkat dan pada sabtu yang lepas paklah dan keluarganaya datang dari KT. Pada ahadnya pula kami bertolak ke lokasi yang dituju iaitu "Sabak Bernam" setelah separuh hari berkelana maka sampailah kami ke lokasi yang sebenar, iaitu Teluk Intan. "Terlajak" dari apa yang aku sangkakan.

Namun setelah berjumpa dengan "orang tengah" iaitu Hajah Ratu Anis, maka satu harapan baru muncul. Beliau mengarahkan kami berjumpa dengannya di HUKM keesokannya bagi mendapatkan anak angkat. Kami pulang dari Teluk Intan dengan hati yang berbunga pada hari tu.

Tapi pada hari ini 23/11/09 kami tidak dapat berjumpa dengan keluarga yang ingin menyerahkan anaknya kepada kami kerana mereka tidak dapat hadir. Esok pula yang dijanjikan oleh Hajah tu., so kami akan tunggu sehari lagi. Sambil mendapatkan rawatan Dengan Tok Guru Haron Din pada esoknya. Harap-harap kami tidak kecewa lagi.

Ya Allah... cukup-cukup la penderitaa yang ditanggung oleh paklah dan isteri, berikanlah mereka kenikmatan dan kebahgiaan selepas apa yang kamu ambil dari keduanya. Semoga esok masih ada sinar bagi mereka berdua..

SAHABAT YANG SENTIASA MENYANYANGI KALIAN....

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Alma, Cikgu Salwa dan suami, Kak Ros dan Keluarga serta Hajah Ratu Anis di atas segala bantuan yang memberikan satu "pengharapan" sinar baru kepada sahabatku Pok loh......

Semoga Allah membalas jasa kalia.....

1 comments:

putera said...

Salam..siapa gerangan hajah ni..sy pn ade niat untuk ambil anak angkat..pls adv

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??