Tuesday, February 26, 2013

Percutian Keluarga Ke Pulau Pangkor

Bismillahirahmanirrahim... aku mulai tulisan ini dengan kalimah yang mulia setelah lamo benar dah tak menulis di sini, tapi kenangan-kenangan, perjalanan dan pengalaman yang dilalui jika tidak di catat maka ia kan hilang ditelah arus.. paling paling kurang pun dapat le baca balik time-time terkenagkannye.. Ingat nak buat blog baru, khas utk percutian saje, tapi malas la plk, hantam jelah yang ni pun. sebenarnya tahun ni paling banyak aku berjalan makan angin, dalam negara, luar negara, macam macam berkantung-kantung fulus habis tapi pengalaman tidak dapat dinilai dengan semua itu. Tahun ni mula ngn ke Pangkor, India (kochi, Delhi, Agra, Kashmir, Chennai), Thailand (koh samui, Bangkok, phuket, hadyai, trang), Bandung, Kuching dan Vietnam (ho chi mint). Rasanya banyak sekali nak coret kat sini, pahit maung, manis, macam maca rasa ada bila berjalan, samada berjalan dengan anak isteri atau kembara solo, sudut dan sisinya berbeza... Aku Start satu persatu, mula ngn pangkor dulu.
Percutian ni sebenarnye tak dirancang cuma rasa-rasanye nak pegi mane cuti maulidurrasul kali ni, cuti plk tiga hari, mula mula nak gi mandi taman tema kat PD je tapi bila surver ngn ust fatah, dia kata pangkor lagi best bawak anak, tapi masalahnya anak kecil bimbang jugak katanya, aku pn balik sekolah terus tanya pakcik google ngan makcik yahoo terus dapat nombor, call dan kebanyakan bilik dah penuh musim cuti umum katakan, tapi nasib baik mamat satu ni kata ada satu bilik kat Suria beach resort Rm 200 satu malam, alamak mahalnye, dah alang-alang tanya bagi dua malam bang,, suppp  400 kena. Dia suruh bank in dulu 200 tanda jadi, lepas bank in dia kata ok. ye la khamis tanya, tinggal jumaat sehari lagi sabtu dah nak chek in, tak mahal ape sal.

4/2/2012, sabtu. puas pujuk isteri tercinta, banyak songeh plk, tak nak pergi la, jauh la, penatla, bazir duitla, macam macam. aku plk jenis tak tanya, dah booking baru bagi tau, pujuk punya pujuk, pkl 12 thari baru betolak. rugi-rugi ..patut dah boleh chek in dah. lewat jugak la samai lumut, takut habis feri lagi. naik feri, sampai pulau dah dekat maghrib. Sampai je naik teksi nak ke hotel...van c20 rupenye, harga dah lupa.. rasanye dlm 8 ringgit kot satu van.  


menara tinjau tepi pantai

Sampai kat hotel chek in,,, alah dapat bilik macam tu je.... ok lah. satu katil twin dan satu katil single. keadaan bilik biasa je, barang lama macam tu lah.. Tapi bila sampai terus salin pakaian, tak sabar-sabar nak mandi air laut pangkor... kejap je dah maghrib. balik bilik lepas solat, keluar cari makan. Wow seronok juga teluk nipah ni, malam dia ceria, ngn tempat makan, orang nye ramai, deretan menjual pakaian dan cenderamata sampai larut malam. ingatkan sunyi sepi malam-malam. lepas pekena char kueh tiow yang best kat tepi pantai tu jalan-jalan cuci mata, balik tido.

5/2/12 Ahad: Bangun pagi-pagi nak tengok suasana pagi, beli sarapan berupa nasi lemak dan kueh muih dengan budak yg buka meja tepi simpang masuk ke hotel aku. murah la, harga biasa je. lepas sarapan, kami buat keputusan untuk mandi laut lagi. budak-budak dah teruja sangat-sangat.
 
sempat posing tapi muka blm mandi semua ni..he he

sambil-sambil sarapan, anak-anak dah tak sabau.. semua dah terjun laut, awalnya isteri tak nak turun, nak jaga anak kecil kat  tepi pantai je tapi bila dah lama-lama tergoda jugak.


tidak ada yang lebih membahagiakan bila dapat melihat isteri dan anak-anak gembira

Selepas main itik ni, aku tak puas hati, nak naik bot nak pergi snorkling, tapi isteri tak mahu, takutla, panasla, kesian anakla, tak boleh jadi ni.. last last aku pi tanya bot nak gi snorkling, deal punya deal dapatla Rm 60 hinggit satu family satu bot, mahal tu,,, patutnya kongsi je ngan orang lain sbb dia bukan bawak kita pegi mana pun, cuma pergi bawak dan tinggal kita kat coral island kat tengah tu je, pas tu dia gi amik orang lain pulak, nak balik  cakap je pkl berapa nanti dia datang amik, tak rugi kalau kongsi dan pakat-pakat dari awal.Tak kenal pun tak pe buat-buat kenal je.. 

siap sedia nak naik bot

bot meninggalkan daratan, muka ceria tapi macam takut je nampak

Awal-awal aku dah tanya kat mamat bot tu, ok ke bawak budak?, dia kata ok, Siap pesan jangan bawak laju sangat, aku ok je tapi isteri aku tu le... bila sampai kat pulau coral tu kami di tinggalkan dengan beberapa set google, aljawabnya aku ngan anas je lah snorklingnye tenggok ikan, yang lain main tepi-tepi jelah. 

 anas beberapa kali 'minum air' masa tengah snorkling ade ke patut, bila nampak ikan dia nak cakap "ikan..!! ikan..!!kat dalam air, mau tak minum air masin

Seronok jugak masa tengok ikan ni, maklumlah first time snorkling ni, sblm ni tengok atas bot dan dalam akuarium je, kat klcc dan langkawi. ha ha best. Tapi tak boleh pegi jauh sangat sebab anas takut-takut dan sentiasa berpaut pada aku. Apa pun airnye taklah jernih sangat tapi nampak la ikan tu...

Dua tiga jam jugalah kami kat sini, naik boring isteri yang melayan anak tiga lagi kat gigi air, nasib baik la kat pulau ni ada jual air , maggi dan burger, boleh la isi perut yang lapar bila main air tu. Kalau nak snorkling sini pun kena bawa duit juga kalau tidak lapar la jawabnya.

mardhiyyah mengisi masa boring menunggu kami tengah snorkling (tengah pulau coral)

nasib baik ada gerai kat atas pulau ni kalau tidak.. kebulur

Selepas beberapa jam dan dah penat main air dan penat tunggu bot datang akhirnya kami dapat balik, masa balik bot bawak la pusing-pusing tunjuk batu, ada yang rupa macam binatang dan macam-macamlah.


batu batan cipaan Allah yang begitu indah, sempat aku amik dan upload disini, yang lain tak larat nak upload.

Tembok besar cina, tengok je le dari bot, tak nak pegi pun..

Sampai di darat..mandi sekali lagi. balik bilik siap-siap keluar makan, char kueh tiow lagi, memang best la char kueh tiow dia, kalau petang gini,, full meja terpaksa tunggu turn.

isteri melayan kerenah anak-anak time makan.

Setiap kali makan kat sini, anak-anak aku juga akan mintak kerang rebus, paling kurang dua pinggan, pernah sekali tiga pinggan, kuat betul budak-budak ni makan kerang, yang penat kita tukang kopek.
balik bilik tido..
Tapi mata aku tak boleh lelap selagi tak jelajah setiap inci pulau pangkor ni, terus ajak isteri ronda-ronda pulau, aku cadang nak sewa kereta dalam Rm 90, isteri kata tak payah, mahal dia nak tidur je. Ok le macam tu, aku ngan anas je lah pusing pulau, sewa moto buruk sebuah, abih satu pulau aku pusing.

Tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor
Mula-mula pergi kawasan perkampungan tengok masyaraka kat sana pastu pusing-pusing lah

perahu nelayan masyarakat tempatan


sempat posing kat atas pokok, nampak macam cantik je pokok tu..

Kota belanda

siap ada tempat kurungan tu, drama melayu pernah berlakon dan kena kurung dalam tu, ape ke tajuk aku pun tak tau


kisah tentang kota belanda ni tanya dengan pakcik google dan makcik yahoo la ye, malas nak hurai


ingatkan batu bersurat Terengganu je ade, Pangkor punya pun ade jugak

Destinasi terakhir petang tu ialah mencari ikan talang masin yang cikgu Fairuz suruh belikan, rata jugak lah cari, tapi akhirnya jumpa juga, yang melayu buat tu,
Untuk makluman, arah ke Kota belanda, batu bersurat dan ikan talang masin adalah satu jalan sahaja. Senang je nak cari. Pas tu balik ke bilik, hari dah gelap, bahaya bawak moto malam-malam, sebab jalan nak ke teluk nipah sangat bahaya lebih-lebih lagi naik moto di malam hari.


kambing minum kopi

matahari terbenam di Pangkor

Malam, lepas bersiap keluar lagi, makan char kueh tiow lagi, isteri memang cukup suka ngan char kueh tiow dia ni, apa pun makan je le, jangan kasi lapar sudah. Lepas tu shoping cenderahati sikit sbb esok kan dah nak balik...

kehidupan malam di Pangkor


sambil makan dapat dengar lagu live tu, dia orang nyanyi selagu kat setiap depan kedai

aiskrim tak boleh lupa

aktiviti shoping tak boleh lupe 'memenuhkan pintu peti ais'

6/2/12 Hari ni dah nak balik, jadi apa lagi kami ambik kesempatan untuk mandi laut sepuas-puasnye. lepas layan sarapan pagi kat tepi laut, mandi dan terus mandi

baby masih kecil lagi waktu ni baru 5 bulan

Selepas budak-budak dan maknya dah penat, aku hantar semuanya balik kebilik,tapi aku dan anas menyewa kayak pulak, anak jantan ni teruja nak naik pulak, maka kayuhlah dengan dia ke coral island jauh jugak tu,,, dahla bawak kamera besar gedabak, bungkus dengan plastik bodo-bodo je kalau lup dalam air melayang kamera aku..
 mula-mula anas takut takut tapi dah jauh ok je

posing posing kat coral island

Atas dan bawah: khazanah alam beribu tahun, kulit kerang ni dah jadi gini


Hidupan laut yang nampak pelik dan takut jugak mula-mual jumpa, rupanya ibu gamat ni, banyak betul kat pulau ni...kalau bawak balik boleh jadi usahawan gamat ni


kenangan abadi bersama anak lelaki ku anas di coral island semoga jadi anak yang lasak dan soleh

Setelah hampir sejam berjemur panas kat pulau ni, kami berdua pun pulang kedarat, bersiap2 nak balik rumah pulak. lepas chek out dan angkut barang, susah pulak nak dapatkan teksi ni, sebab time tu semua orang chek out dan berebut2 naik teksi, lain kali kalau nak chek out lewatkan satu hari ..he he.. hari bekerja lah tu, atau lepak2 dulu kat tepi pantai, dalam pukul 3 atau pukul 4 baru orang kurang.



Naik van bungkus ke jeti, berejam la jugak nak dapatkan teksi ni, tu pun pergi cari kat tepi jalan, kalau tunggu kat hotel,,hampeh tak datang-datang pueh nalipon

Sedang beratur nak naik feri kat jeti

Bila turun je van,, perghhh ramainya umat nabi muhammad, dah la panas, anak menagis lagi, beg kena bimbit pulak tu, lepas ni tobat aku nak balik beli beg yang ada tayar tu la. tak larat nak bimbit ni, kena sekali time tu
jugak aliyah ngn anas nak kecing, Laiyinah si baby pulak meraung kepanasan, beg pulak kena bimbit sambil mengendong anak, jalan pulak macam semut, kejap2 berhenti, kejap berhenti, tobat rasa,,, bini pulak bawak  budak2 tu ketandas. Nasib baiklah setelah hampir separuh mati kendong anak sambil beratur dan bimbit dua beg, adalah seorang budak muda ni mintak nak tolong bimbit beg apalagi lega lah, walaupun mulanya aku kata tak 'pe lah dik' tapi dalam hati Allah je lah yang tahu. Semoga Allah membalas jasa mu.

Ada jugak budak2 pompuan yang muda2 tolong dokong anak aku, tapi al maklumlah anak aku yang ni dia kena sawan tangis, umur sembilan bulan baru ok.. Dengan orang lain tak maunye dia, mak dia jugak yang dia nak. Ya Allah... mood  dua hari ni ok tiba2 bertukar 180 darjah, separuh lagi aku simpan buat kenangan...


Bila dapat naik feri,,, Ya Allah  nikmatnya dapat duduk dan berehat

Sesampainya di jeti Lumut, kami sempat shooping makanan laut buat teman2 disekolah esok, tapi kebanyakanya cina semua yang buat, adoi beli jelah.....


  Itulah serba sedikit perkongsian dan perjalanan yang menyeronokkan tapi memenatkan.
Kami tinggalkan Pulau Pangkor dengan seribu kenangan dan sejuta harapan agar suatu hari nanti kami dapat datang kembali. Lain2 catatan perjalanan akan menyusul  



ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??