Saturday, November 9, 2019

Memandu Ke Thailand: Trang Dan Hatyai














Assalamualaikum... pada 22-24 November 2012 yang lalu iaitu kira kira 7 tahun yang lepas aku memandu lagi ke Thailand.. jun sebelumnya kan sudah sampai ke bangkok. Trip ni aku buat selepas balik dari Kuching. Plan asalnya tak ada apa pun, sambil borak dengan bapak mertua, dia kata terasa nak pergi jalan ke Bangkok, aku kata jom..terus pergi buat pasport di kota Bharu dan petang tu terus masuk ke siam bersama anak, isteri, bapak dan mak mertua aku. Mlm tu tido di Pattani, rumah mak aku... tapi sblm tu jom layan gambar dulu...

























Okay kita cerita sikit:
Trang ni satu daerah sekitar 130 km sebelum Krabi, maknanya kalau dari Hatyai mesti jumpa Trang dulu. Asalnya nak ke Bangkok, tapi aku berubah hati, aku pusing arah Trang Krabi, tak jadi gi Bangkok, kau ingat dekat,,,kan baru je pegi.

Trang ni dah beberapa kali aku pegi sebab dia tenang sikit berbanding Krabi, hanya pelancong tempatan saja yang ada disitu, pelancong asing boleh kira dengan kaki la. Depan pantai ada deret kedai makan, ada sebuah kedai melayu Narathiwat, nama kedai dia "Pantai". Dulu nama tu ditulis dengan ejaan rumi, tapi 2 kali selepas aku pergi lagi dah ditulis dgn huruf siam, mengeja la korang. pergi ke depan sikit ada simpang kiri, masuk kawasan kampung melayu, ada masjid dan gerai jual makanan islam, nasi kerabu dan lain lain pada waktu pagi. bermalam di sini.

Aktiviti kat sini mandi pantai dan ronda ronda dalam laut la, macam kat Krabi dan phuket tu la. Island hopping org kata..Untuk sewa boat boleh tanya tuan kedai makan Islam tu, deal dengan dia. Kalu nak murah boleh naik feri di hujung tanjung sana, tapi reramai la, mesti makan masa la bila campur dengan orang lain.

Aktiviti snorkeling dan ronda ronda adalah tarikan utama, airnya jernih warna hijau gitu. Nanti bila sampai kat satu pulau, dalam tu ada satu Gua namanya Morakot Cave, ganas gila. Ada pantai dalam gua tu, kalau dilihat dari luar tak nampak apa, jadi sampai depan tu korang kena berenang dan masing masing bergayut di tali panjang yang akan ditunda oleh pemandu boat, dia pun berenang ok tunda korang, kalau korang berat nasib la.. masing masing berenang masuk gua, tapi jangan lepaskan tali sbb keadaan gelap gulita dalam gua, air pulak tak sampai kaki. agak agak gigil jugaklah aku.. dengan bawak kemera besar lagi, dah la tak de beg waterproof.

Sampai aje dalam gua tu Masyaaaalah, cantik...sebab ada pantai kat dalam tu.. ada pokok pokok.. macam dunia lain pula..korang cuba la.. gua ni asalnya dijumpai oleh seorang nelayan yang "lari ' dari angin ribut yang kuat, dia sembunyi kat situ, masuk masuk ada pantai pulak dalam tu. pintu masuk keluar ke gua tu hanya satu tu je. Kalau korang nak tahu bentuk pantai dan gua dalam tu macam besen tu..cuba bayang....

Gambar kat atas aku main pelampong itik dengan anak tu kat tengah laut tu, dekat pulau..air tak sampai kaki tu..bukan tepi tepi pantai je. ok.. satu malam kat Trang, esok balik Hatyai. 











Esoknya keluar dari Trang agak lewat juga sebab budak budak layan mandi pantai lagi pagi tu, jadi sampai hatyai agak lewat jugalah. Tapi sempatlah pergi floating market tu, beli beli.. cuci mata. Malam tu juga terus balik ke Pattani tido kat sana, sambil drive keluar dari Pekan hatyai jumpa gajah tepi jalan dalam bandar. sedang berjalan bersama gembalanya. nak pergi shooping ke teww??  nak balik rumah mungkin. Kalau tempat kita nak tengok gajah kena gi zoo atau dalam hutan, tapi kat sini dalam bandar je.. beli seplastik tebu dengan tuan dia, bagi makan kat gajah. macam kat safari pulak... pak mertua pun seronok, agak agak boleh cover ke aku tukar plan tak jadi ke Bangkok.. itu lah... sampai situ dulu...

MENGEMBARALAH...PASTI AKAN KETEMU SIAPA DIRIMU
KEMBARA SOLO TETAP DIHATI

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??