Wednesday, October 8, 2014

Kembara Solo India : Kashmir


Bumi Kashmir dari udara, teruja bila memandangnya...



Bismillah, Alhamdulillah di malam ini terasa nak update pulak kenangan india yg tertangguh tu, sempena raya ni aku ingin mengucapkan Hari raya Idul Adha buat semua pembaca semoga semuanya dalam rahmat Allah dan buat bonda tercinta serta sahabat handai yg sedang mengerjakan haji, semoga mendapat haji yg mabrur. 

kisah bersambung....

9 Mac 2012 Delhi - Kashmir 

Jam menunjukkan pukul 8.20 pagi, selepas chek out hotel aku bergegas mencari teksi atau auto utk ke airport bagi meneruskan perjalanan ke kashmir, bumi yang diimpi impikan. Beberapa langkah diatur, terkejut tengok ravi si driver teksi sudah tersengih menunggu aku, alamak.... ingat nak naik teksi orang lain, tapi dah malam tadi macam janji tak janji gitu. Terus naik, ravi hantar pergi airport dia caj mahal hooo rp 400. 

Selepas daftar masuk, tepat jam 11.30 pagi kapal terbang Air India yg aku naik berlepas meninggalkan Delhi menuju ke Srinagar, tiket flight lebih kurang Rm 200 pergi balik. Sepatutnya perjalanan dari delhi ke Kashmir perlu menaiki bas kerana pasti akan mendapat kenangan dan pengalaman yg amat berharga al maklumlah jalan darat yang menghubungkannya adalah antara jalan paling merbahaya di dunia.... tapi masa aku terlalu singkat.

Dalam perjalanan selama dua jam setengah ni aku ditemani oleh saudara baru sepasang suami isteri warga kashmir yg baru kahwin, lupa la pulak nama kedua duanya, apa pun mereka berdua amat baik dan setelah dihidangkan makanan, merekalah yang menyuruh aku makan, halal .! halal !! katanya. Mereka meminta untuk menghantar aku ke hotel, tapi aku menolaknya kerana sudah ada orang yang menunggu di airport. Mereka mempunyai sleng percakapan yang agak pelik sedikit, Sleng mereka berdua yang aku akan ingat sampai mati, " milik" dan "parak" untuk perkatan "milk" dan "park". He he.. sleng kashmir gitu.... dan macam macam lagi sleng yang aku simpan dalam lipatan kenangan..

Semoga kamu dan keluargamu diberkati Allah wahai kashmiri...


Jam 1.15 petang k/terbang mendarat di Jammu, wilayah sempadan dengan Srinagar. Mendarat untuk menurun dan mengambil penumpang yang lain, macam bas la pulak. Majoriti penduduk Jammu adalah hindu, berbeza dengan kashmir yang memiliki 90 % warga Islam.  Jam 1.40 berlepas lagi ke Srinagar, 10-15 minit alam seakan-akan berubah, pemandangan sebelumnya biasa-biasa sahaja bertukar indah menakjubkaan aku, pemandangan pergunungan himalaya ini mendamaikan, itu tandanya k/terbang sudah memasuki ruang udara kashmir,  dengan gunung dan bukit yang diliputi salji sedangkan jammu disebelahnya tiada salji. Rasa macam nak terjun je k/terbang ni..

Airport Jammu
Bentuk Muka bumi kashmir
Kashmir...aku datang..

Tepat jam 2.00 petang mendarat di Srinagar, diumumkan cuaca diluar ialah 8 darjah, jauh berbeza dengan jammu tadi iaitu 20 darjah, wah jem kreng otak kalau macam ni...

Bermula saat saat mencemaskan ......

Ketika berjalan hendak mengambil beg, terpandang kaunter House Boat, rupanya dijual pakej house boat macam tu je tak payah nak tempah tempat online bagai. Bila aku servey ternyata harganya jauh lebih murah berbanding harga yang aku dapat dengan travel latif Dandoo. Latif sebut harga sebanyak rp 22900, kaunter tu pulak buleh bagi separuh harga sedangkan pakejnya sama. ha ha... terus aku buat keputusan mengambil pakej di kaunter itu saja...

Keluar saja airport beberapa ejen travel bertanya nama seperti yang dipegang, dan salah seorang tu pegang nama aku "YAHUZA", alamak macamna ni aku dah ambil pakej kat dalam, sebenarnya travel latif tu aku book via email tanpa bayaran advance, tapi aku rasa tertipu dengan pakej yang terlalu mahal itu. Setelah itu berlaku pertengkaran diantara dua orang ejen itu dan ikut dicampuri oleh ejen ejen lain yang berada di situ, aku diberi telefon untuk bercakap dengan latif, latif meminta supaya mengikut ejennya ke hotel dan jangan mengambil pakej di airport kerana kamu akan ditipu dan dirompak semasa di atas bot nanti, kata latif. Alamak cuak la pulak, aku jadi penin la pulak. Pertengkaraan itu telah menarik anggota polis pelancong untuk masuk campur dan setelah polis mengambil segala maklumat tentang aku, beliau bertanya, ejen mana yang aku nak, jadi aku buatlah keputusan yang aku nak ejen di airport. 

Semestinya ejen latif tidak berpuas hati, namun hasil dari usapan dan pelukan separa mesra aku ke atasnya beliau mulai lembut dan akhirnya aku memberi rp 500 kepada ejen latif bagi mengubati kemarahan hatinya, setelah aku mengusap belakangnya berkali kali, beliau "melepaskan" aku. Setelah itu aku dibawa menaiki prepaid teksi menuju ke house boat ejen kedua tadi. 

 Pemandangan semasa perjalanan ke bot, tiada apa yg menarik saat ini 

House boat boleh dilihat dimana mana, asal ada sungai akan ada house boat

Namun House Boat yg menjadi pilihan bagi pelancong semestinya house boat di Dal Lake. Dalam perjalanan, teksi kami berhenti di pejabat persatuan pemilik house boat, pemilik house boat naik bersama kami menuju ke botnya. 


Inilah ropanya bot tempat aku bermalam, hancus luluh hati bila lihat house boat ni, rupanya patutla murah, bot dah lama dan tidak berada ditengah tengah tasik dal yang indah itu, tapi tak pelah bajet punya pasal, janji boleh tidur sudah. namun bila melangkah ke dalam, lawa rupanya... ok lah kira jadi..
Bila tibanya sang ayah pemilik bot ni, dia kata house boat yg aku tempah ada dibelakang, "yg ni kelas A yg kamu tempah kelas D", kata pakcik tu. Masak aku, kalau gini pun dah A, macamana  agaknya yg D, aku di bawa ke Bot yg kelas D itu, pergggh, bot itu ada keluarga yang mendiaminya, tak lalu aku nak duduk, tandasnya teruk, biliknya berkongsi dengan anak lelakinya pulak, bersepah la pulak. Sebenarnya aku sudah boleh hidu permainan pakcik ni, dia nak naikkan harga penginapan la tu, katanya kalau rp 700-800 dapat D, kalau rp 1000 dapat A, tentu lah aku pilih yg A, tapi sempat bersoal jawab la jugak. Masa tengok gambar di kaunter kat airport tu, yg A ni lah yang murahnya. kencin punya orang. tapi tak pelah, rp 1000 tu kira ok la lagi.

Selepas itu beliau menawarkan pakej penginapan beserta lawatan ke tempat tempat menarik siap makan dan entrance fee iaitu berjumlah rp 22k, perrg sama macam latif punya pakej la pulak. Mulanya aku setuju, lantas beliau memeluk aku dan mengatakan dia tidak menipu aku dan mengganggap aku seperti anaknya. selepas aku masuk kedalam bilik, Allah telah mengilhamkan bahawa harga itu terlalu mahal, lantas aku membuat kira kira secara detail dan ternyata memang mahal, terus aku berjumpa dengan pakcik tu dan bagi tahu bahawa aku nak bincang semula tentang harga, aku bersetuju untuk mengambil penginapan dan pengangkutan sahaja, kos lain aku bayar sendiri so aku hanya setuju harga pakcik tu sebanyak rp 15k sahaja untuk 6 hari.  Ok lah tu. Sebenarnya itupun mahal, sebab pengangkutan kita boleh urus sendiri di pekan Dal Gate dan hotel murah pun ada kat situ, cuma gatal nak tido dalam bot saja. tapi bot ni ada alat pemanas, kalau hotel murah...menggigil la sepanjang malam, kerana cuaca mencecah negatif bila malam woo.


Pakcik si pemilik house boat aku, gambar dirakam pada lawatan hari kedua


Ashok, anak pakcik tu. gambar dirakam semasa city tour


Dirakam dari house boat aku, Pekan Dal Gate disisinya ialah Dal lake yang mashyur itu. Disini lebih tenang untuk menginap berbanding ditengah tengah bandar Srinagar, walaupun pon pon, hon kenderaan amat menggangu kita. 

Petangnya aku dibawa menaiki "syikara" ... menelusuri Dal lake, tapi tak larat nak menulis dah ni... Bersambunglah.....

4 comments:

  1. Assalamualaikum tuan. Blh saya dptkan nombor telefon tuan? Saya ingin berbincang sikit dengan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan, maap dah lama x buka blog, sibuk sikit. dah pegi ke blm ke india. email ke jihad4iman@yahoo.com. nanti saya bg no fon dlm tu. tima kasih sudi melawat

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??