Thursday, March 19, 2015

Kembara Solo India : Pahalgam Kashmir


11/3/2012 Pahalgam Kashmir

Alhamdulillah, malam ini terasa ingin merakam kembali kenangan kembara ke India setelah lama dihambat masa dan tugas. Hari ini akan bertolak ke Pahalgam, tempat yang sangat indah dan terkenal di Kashmir ni, kalau datang sini tak sampai kat sini rugi le. Bagi sesiapa yang meminati filem bollywood pasti mengingati filem Bobby yang hero dan heroinnya terkunci dalam rumah. Disinilah tempatnya, Nanti kita cerita lagi.

Pagi ini tepat jam 9.30, kami bertolak kedestinasi sejauh 95Km dari Bandar Srinagar, sepanjang perjalanan banyak keindahan yang dapat ditatap, baik budaya, cara hidup dan pemandangan.

Pokok pokok memagari jalanraya 

Aktiviti memunggah pasir dari sungai totally manual, kaut dengan alat pengaut kayu dan diangkat naik ke perahu, ooo jauh ketinggalan. Namun mereka teramat gigih...demi sesuap nasi.

 Ladang Safron atau Za'faran, Safron Kashmir adalah diantara yang termahal dunia, boleh mencecah puluhan ribu ringgit untuk satu kilo, peerrh. Tapi kami tak berhenti kat ladang safron.

Tanah yang subur, merancakkan aktiviti pertanian.
Aku juga sempat melihat perarakan MaulidurRasul, mereka menyambutnya pada 10&11/3 bersamaan dgn bulan Rabiul Akhir. He he, tarikh kelahiran Nabi ni kan Khilaf, cuma ulama hampir sepakat Nabi dilahirkan pada hari isnin. 
Siap dengan bas lagi, kalah kita nih, tempat kita setakat keliling dlm stadium atau keliling taman ajo.. he he. Tapi ambe tak minat menyertai perarakan...

Setelah berjam jam akhirnya aku sampai ke tempat yang dituju, MasyaAllah betapa indahnya ciptaan Mu

Setelah sampai, aku terus ke TRC, tourist centre. Bersoal jawab dan mendengar sedikit taklimat yang berbelit sebagai bekalan untuk meneroka tempat ni. Dibekalkan peta lakaran tangan sebagai panduan.

Kat pekan kecil ini ada hotel dan kedai kedai cenderahati, tapi maklumlah mahal lah sikit.

Inilah 'Bobby Hut' yang digunakan dalam filem bobby lakonan Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia, pernahlah tengok kecik kecil dulu, dengar cerita..orang kampung aku dulu jual anak lembu sebab gila filem bobby, habis duit ulang alik ke panggung.


Kat Pahalgam ni jangan risau, sebab diaorang payah nak tipu. Harga memang terpapar oleh pihak berkuasa dan tetap. jadi pemandu kita pun tak boleh 'makan' kali ni. Aku hanya ambil pakej no 1 je. itupun kematu bontot naik kuda... mendaki bukit woooo. Macam biasalah, pemandu pula akan tunggu dikereta sahaja sampai kita selesai meneroka.




Sedang membetulkan pelana 

Sampai ke point pertama; Baisaran 'Mini Swiss' dah sampai Swiss rupa nya, 3km dari TRC. 




Memanjat lebih tinggi ke Dabiyan, 2km dari Baisaran.. krem sejuk..

Sampai di Dabiyan, bersama bro yang bawa aku, tapi kesian...dia hanya jalan kaki sedangkan aku berkuda.. jauh lebih semat dari artis kat malay...he he

Cantik, lawa, saujana mata memandang, ketika musim panas tempat ini berumput luas dan tempat mengejar arnab. Disini ada juga tempat bermain slice, lebih ok, selamat dan berisiko rendah untuk ditipu berbanding Sonamargh.





Kat atas ni disediakan tempat memanaskan badan, free sambil pekena teh,,, Teh bayor ye..haba je free

Turun ke Point ke tiga, Kashmir Valey.


Sambil turun aku cuba untuk berjalan kaki kerana dah kematu bontot, tapi tak bleh jalan, terkangkang kangkang lenguh... adoi.. macamana la koboi siang malam tunggang kuda, kalau kat malay rasa nak naik kuda bila kat sini tunggang sampai muak.. apa pun pengalaman mendaki dan menuruni bukit dengan berkuda sukar dilupakan.

Sampai di bawah terus bertolak balik, singgah solat tengah jalan. sempat snap keadaan pokok epal dalam musim sejuk.... tinggal ranting..


Sampai House Boat maghrib, mandi solat makan dan pusing pusing cuci mata cari cenderahati.
bersambung.....

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??