Saturday, November 22, 2014

Kembara Solo India : Sonamarg Kashmir


Keindahan Sonamarg menggamit kalbu

10/3/2012 
Lepas solat subuh, guling guling dalam bilik dan tepat jam 7 pg keluar keberanda melihat suasana pagi Dal Gate, agak tenang berbanding di Delhi. Pada jam 8 pg, salji mulai menitis membuat hatiku berbunga, berlari aku menadahnya, pertama kali dalam hidup menyaksikan ciptaan Allah ini, jika anak-anak bersama-samaku pasti mereka akan terlebih gembira. Jam 8.20 pg salji berhenti dari menitis... kenapa ye..



Dari beranda houseboat ..salji menitis..

Setelah sarapan, tepat jam 9.35pg kami bertolak ke Sonamarg dengan sebuah pacuan empat roda yang terletak kira kira 95 km dari Dal Gate Srinagar. Dalam perjalanan ke Sonamarg mata disajikan dengan keindahan alam ciptaan Allah yang berbagai bentuk, rupa dan warna. Kita akan melalui kawasan berbukit, sawah, gunung dan macam macam lagi.







Gambar yang cukup mahal bagi aku, cuba lihat wanita yang paling depan tu junjung apa

Setelah dua jam perjalanan kami pun sampai ke tempat yang dituju, sampai aje kat sini, pakcik houseboat terus call member dia. Rupanya member dia pengusaha kuda dan mereka cuba dan telah menipu aku untuk menunggang kuda dan bermain slice dengan harga rp 2100, mak oii mahalnya, mulanya aku tidak mahu.. tapi lama kelamaan aku setuju saja. Hati memang tidak seronok dengan keadaan ini namun percutian akan hilang seri, nak tak nak kena belajar untuk meredhai. 


Selepas beberapa ratus meter manaiki kuda, maka kita akan sampai ke tapak untuk bermain slice dan ski. Jadi kalau nak jimat duit tak payah naik kuda sebab berjalan dekat saja ke sana tu. Sampai saja di tapak permainan tu, perasaan agak gembira bila melihat suasana disitu.



Main slice perlu pakai drebar jika tidak, terlajak masuk gaung, kerana curam disini agak dalam, bahaya betul..




Puas hati dapat main ski, harganya rp 500 tapi dapat 450 bayar asing dengan yang tadi, kopak la juga hari ni. Walaupun sejuk, rasa berpeluh jugak main benda ni..





Habis gaya aku cuba, gaya hero hindustan hero mat saleh. macam macam melentang, meniarap, guling guling semua ada, maklumlah negeri ambe Kelantan tak de benda nih. Insya Allah suatu hari aku akan bawa anak anak main salji...

Tinggal dulu Sonamarg, penat menempuh perjalanan, balik rumah makan dan tidur.. bersambung

Kembara Solo India: Dal Lake Kashmir


Assalamualaikum... Malam ni terasa nak update cerita lama yang tertangguh sekian lama, maklumlah hari ni hari last persekolahan untuk tahun 2014 dan esok kita cuti.....
Sebenarnya aku agak sibuk sehari dua ni kerana sedang menguruskan dua "percutian" seminggu dua lagi, pertama Trip Jakarta Bandung pada 27-30/11/14 ni seramai hampir 30 orang yang aku kena urus, kedua pada 3-12/12/14 Trip Cairo - London- Paris - Rome yang ni small group je lah. Semenjak dua menjak ni bila dah banyak lihat tempat orang maka terbuka pula hati untuk membawa / mengurus perjalan orang lain, ala-ala travel gitu, tapi totally aku urus sendiri dan dibantu seorang sahabat. Setakat ni beberapa trip telah aku urus antaranya, satu bas ke Ho Chi Mint, dua kali ke Turki termasuk membawa Wakil Rakyat selangor main salji..he he... dan lain lain. Sebenarnya aku agak serius menguruskan travel sendiri sendiri ni... Apa pun sebagai kenangan, aku sambung kisah di Kashmir..

9/3/12  Dal Lake Sri Nagar

Setelah penat nego harga dengan pakcik houseboat, aku pun dibawa untuk Syikara Tour. Alah... perahu dalam tasik spt gambar kat atas tu. Dal lake ni amat cantik, luas dan indah berlatarbelakangkan banjaran Himalaya, menakjubkan. Banyak terdapat Houseboat Deluxe dalam ni, bukan yang macam houseboat aku punya le. 




Syikara dia pulak macam macam warna ada, kalau nak tengok boleh tengok pakcik youtube punya, samaada dilakonkan oleh hero hindustan dulu dulu atau pun zaman moden... Apa pun anda terasa seperti maharaja sambil menghirup udara segar dan mendengar kicauan burung dan terlebih indah jika orang tersayang berada disisi. Namun jika faktor cuaca pasti orang tersayang ambe pun tak sanggup, sebab angin segar sesekali kencang bersama kedinginan yang mencucuk tulang hitam... 


Siap berselimut bagai.... harga untuk pusing Dal Lake dengan Syikara ni dalam Rp 150 kot kalau off season, tapi trip ni di bayar oleh pakcik houseboat aku. Cuma aku nampak note kecil aje yang dia bayar kat drebar syikara tu...he he.. geng dia kot. 


Pemandangan Dalam Tasik 

Nehru Park ditengah tasik, berhenti menghirup udara segar


Mamat mana la yang sanggup main benda tu, jenis kalis sejuk kut. aku nak sentuh air pun menggigil


Siap ada fastfood lagi kat tengah Dal lake, tapi masa ni dah tutup


Ini rupa syikara yang kurang sikit menariknya..he he. Dal Lake oh Dal Lake, aku terkenang akan dirimu



Bermacam kedai ada kat dalam Dal Lake nih, gambar di atas antaranya.

Sebelum berakhir Syikara Tour, kita pasti dibawa ke mana-mana kedai dalam Dal Lake, biasalah dia orang dah deal dah siap siap nanti nak 'sembelih' kita. Nak tak nak setelah berkali kali aku di 'goda', terbeli la jugak tiga benda. Dua helai Selendang berharga rp 450 & 250. Tapi kat darat boleh dapat rp 150 je yang 250 tu, toing....toing... terkena... Satu lagi aku sambar sarung tangan berharga rp 200 dan sampai sekarang elok lagi dah dua kali ke turki dan akan ke UK nanti pakai yang tu aje, cuma kalau terlalu sejuk tak tahan jugak lah.. apa pun lapar sudah..


Bila dah penat bersyikara, aku dibawa ke Hotel Darbar untuk makan, rupanya Hotel kat india ni belum tentu hotel sebab boleh jadi ia hanya tempat makan/ restoren sahaja. Cuma dipanggil saja hotel, termasuk lah yang ni.. 

Apa pun makanan dia memang terbaik. Aku order mutton briyani dan pakcik tu order mutton kabab. pergh,,, Ya Allah. sedap sampai menjilat jari. Tidak pernah aku makan briyani sesedap itu walaupun di Delhi dan tempat lain di india, lagi lah kalau di Malaysia. Lepas tu apa lagi..tiap-tiap malam aku makan kat situ.
satu kelemahan kedai kat Kashmir bahkan di india ialah sukarnya untuk mendapat minuman panas, kebanyakannyaa air gas atau air minerel botol, tak lalu nak telan bos,,, sejuk...macam air dalam peti ais kat negara kita, beku sampai kedalam perut. "garam pani' hampeh "nehi' sampai kesudah...


Pencuci Mulut

Kebiasaannya selepas orang Kashmir makan, mereka akan kemam benda ni, apa kenama dah..aku pun lupa. Dikatakan herba ini dapat meneutralkan balik apa yang kita makan berpinggan pingan tadi....ooo patutlah, rasanya boleh tahan lah.. kecil aje bendanya..


Beradu time, sedang memanaskan badan di bilik tidur

Bila dah makan kenyang, tibalah masanya untuk mengumpul tenaga. Nasib baik juga lah duduk kat boat ni, ada juga alat pemanas, walaupun agak tradisional tapi ia cukup bermakna...negatif ter ...



Kelemahan benda ni ialah, ianya di jana dengan kayu apiiiiii, kalu habis kayu api sejuk lah kita....

Asap disalur keluar tingkap, tak de le lemas 

Keadaan ini berbeza jika kita tinggal di houseboat deluxe atau hotel berbintang, kerana sistem pemanas mereka agak canggih dan mencukupi, lantak lah labu, aku dah nak tido nih. Hotel murah pun tak ade ape ape, jiran bilik sebelah pun tido dalam sejuk aje, mandi pun guna air sejuk aje. Untuk makluman, houseboat aku ni ada dua bilik dan satu ruang tamu, dan satu dapur, jadi bilik sebelah ni disewa oleh seorang lelaki india dari selatan dengan harga murah jadi tiada bilik panas dan air panas untuknye. Kesian..apa pun kita tido dulu... 
Sebelum beradu sempat call anak isteri di Malaysia, guna simkad yang diberi ashok, anak pakcik bot . Simkad Malaysia tak boleh digunakan di Kashmir kerana kawasan ini bergolak kan, sama macam di tiga wilayah selatan Thai le....Alhamdulillah dapat melepaskan rindu. bersambung....

SYUKUR ALHAMDULILLAH WALAUPUN MALAYSIA PANAS

Flight Delhi-Srinagar return : rp 7,007

Wednesday, October 8, 2014

Kembara Solo India : Kashmir


Bumi Kashmir dari udara, teruja bila memandangnya...



Bismillah, Alhamdulillah di malam ini terasa nak update pulak kenangan india yg tertangguh tu, sempena raya ni aku ingin mengucapkan Hari raya Idul Adha buat semua pembaca semoga semuanya dalam rahmat Allah dan buat bonda tercinta serta sahabat handai yg sedang mengerjakan haji, semoga mendapat haji yg mabrur. 

kisah bersambung....

9 Mac 2012 Delhi - Kashmir 

Jam menunjukkan pukul 8.20 pagi, selepas chek out hotel aku bergegas mencari teksi atau auto utk ke airport bagi meneruskan perjalanan ke kashmir, bumi yang diimpi impikan. Beberapa langkah diatur, terkejut tengok ravi si driver teksi sudah tersengih menunggu aku, alamak.... ingat nak naik teksi orang lain, tapi dah malam tadi macam janji tak janji gitu. Terus naik, ravi hantar pergi airport dia caj mahal hooo rp 400. 

Selepas daftar masuk, tepat jam 11.30 pagi kapal terbang Air India yg aku naik berlepas meninggalkan Delhi menuju ke Srinagar, tiket flight lebih kurang Rm 200 pergi balik. Sepatutnya perjalanan dari delhi ke Kashmir perlu menaiki bas kerana pasti akan mendapat kenangan dan pengalaman yg amat berharga al maklumlah jalan darat yang menghubungkannya adalah antara jalan paling merbahaya di dunia.... tapi masa aku terlalu singkat.

Dalam perjalanan selama dua jam setengah ni aku ditemani oleh saudara baru sepasang suami isteri warga kashmir yg baru kahwin, lupa la pulak nama kedua duanya, apa pun mereka berdua amat baik dan setelah dihidangkan makanan, merekalah yang menyuruh aku makan, halal .! halal !! katanya. Mereka meminta untuk menghantar aku ke hotel, tapi aku menolaknya kerana sudah ada orang yang menunggu di airport. Mereka mempunyai sleng percakapan yang agak pelik sedikit, Sleng mereka berdua yang aku akan ingat sampai mati, " milik" dan "parak" untuk perkatan "milk" dan "park". He he.. sleng kashmir gitu.... dan macam macam lagi sleng yang aku simpan dalam lipatan kenangan..

Semoga kamu dan keluargamu diberkati Allah wahai kashmiri...


Jam 1.15 petang k/terbang mendarat di Jammu, wilayah sempadan dengan Srinagar. Mendarat untuk menurun dan mengambil penumpang yang lain, macam bas la pulak. Majoriti penduduk Jammu adalah hindu, berbeza dengan kashmir yang memiliki 90 % warga Islam.  Jam 1.40 berlepas lagi ke Srinagar, 10-15 minit alam seakan-akan berubah, pemandangan sebelumnya biasa-biasa sahaja bertukar indah menakjubkaan aku, pemandangan pergunungan himalaya ini mendamaikan, itu tandanya k/terbang sudah memasuki ruang udara kashmir,  dengan gunung dan bukit yang diliputi salji sedangkan jammu disebelahnya tiada salji. Rasa macam nak terjun je k/terbang ni..

Airport Jammu
Bentuk Muka bumi kashmir
Kashmir...aku datang..

Tepat jam 2.00 petang mendarat di Srinagar, diumumkan cuaca diluar ialah 8 darjah, jauh berbeza dengan jammu tadi iaitu 20 darjah, wah jem kreng otak kalau macam ni...

Bermula saat saat mencemaskan ......

Ketika berjalan hendak mengambil beg, terpandang kaunter House Boat, rupanya dijual pakej house boat macam tu je tak payah nak tempah tempat online bagai. Bila aku servey ternyata harganya jauh lebih murah berbanding harga yang aku dapat dengan travel latif Dandoo. Latif sebut harga sebanyak rp 22900, kaunter tu pulak buleh bagi separuh harga sedangkan pakejnya sama. ha ha... terus aku buat keputusan mengambil pakej di kaunter itu saja...

Keluar saja airport beberapa ejen travel bertanya nama seperti yang dipegang, dan salah seorang tu pegang nama aku "YAHUZA", alamak macamna ni aku dah ambil pakej kat dalam, sebenarnya travel latif tu aku book via email tanpa bayaran advance, tapi aku rasa tertipu dengan pakej yang terlalu mahal itu. Setelah itu berlaku pertengkaran diantara dua orang ejen itu dan ikut dicampuri oleh ejen ejen lain yang berada di situ, aku diberi telefon untuk bercakap dengan latif, latif meminta supaya mengikut ejennya ke hotel dan jangan mengambil pakej di airport kerana kamu akan ditipu dan dirompak semasa di atas bot nanti, kata latif. Alamak cuak la pulak, aku jadi penin la pulak. Pertengkaraan itu telah menarik anggota polis pelancong untuk masuk campur dan setelah polis mengambil segala maklumat tentang aku, beliau bertanya, ejen mana yang aku nak, jadi aku buatlah keputusan yang aku nak ejen di airport. 

Semestinya ejen latif tidak berpuas hati, namun hasil dari usapan dan pelukan separa mesra aku ke atasnya beliau mulai lembut dan akhirnya aku memberi rp 500 kepada ejen latif bagi mengubati kemarahan hatinya, setelah aku mengusap belakangnya berkali kali, beliau "melepaskan" aku. Setelah itu aku dibawa menaiki prepaid teksi menuju ke house boat ejen kedua tadi. 

 Pemandangan semasa perjalanan ke bot, tiada apa yg menarik saat ini 

House boat boleh dilihat dimana mana, asal ada sungai akan ada house boat

Namun House Boat yg menjadi pilihan bagi pelancong semestinya house boat di Dal Lake. Dalam perjalanan, teksi kami berhenti di pejabat persatuan pemilik house boat, pemilik house boat naik bersama kami menuju ke botnya. 


Inilah ropanya bot tempat aku bermalam, hancus luluh hati bila lihat house boat ni, rupanya patutla murah, bot dah lama dan tidak berada ditengah tengah tasik dal yang indah itu, tapi tak pelah bajet punya pasal, janji boleh tidur sudah. namun bila melangkah ke dalam, lawa rupanya... ok lah kira jadi..
Bila tibanya sang ayah pemilik bot ni, dia kata house boat yg aku tempah ada dibelakang, "yg ni kelas A yg kamu tempah kelas D", kata pakcik tu. Masak aku, kalau gini pun dah A, macamana  agaknya yg D, aku di bawa ke Bot yg kelas D itu, pergggh, bot itu ada keluarga yang mendiaminya, tak lalu aku nak duduk, tandasnya teruk, biliknya berkongsi dengan anak lelakinya pulak, bersepah la pulak. Sebenarnya aku sudah boleh hidu permainan pakcik ni, dia nak naikkan harga penginapan la tu, katanya kalau rp 700-800 dapat D, kalau rp 1000 dapat A, tentu lah aku pilih yg A, tapi sempat bersoal jawab la jugak. Masa tengok gambar di kaunter kat airport tu, yg A ni lah yang murahnya. kencin punya orang. tapi tak pelah, rp 1000 tu kira ok la lagi.

Selepas itu beliau menawarkan pakej penginapan beserta lawatan ke tempat tempat menarik siap makan dan entrance fee iaitu berjumlah rp 22k, perrg sama macam latif punya pakej la pulak. Mulanya aku setuju, lantas beliau memeluk aku dan mengatakan dia tidak menipu aku dan mengganggap aku seperti anaknya. selepas aku masuk kedalam bilik, Allah telah mengilhamkan bahawa harga itu terlalu mahal, lantas aku membuat kira kira secara detail dan ternyata memang mahal, terus aku berjumpa dengan pakcik tu dan bagi tahu bahawa aku nak bincang semula tentang harga, aku bersetuju untuk mengambil penginapan dan pengangkutan sahaja, kos lain aku bayar sendiri so aku hanya setuju harga pakcik tu sebanyak rp 15k sahaja untuk 6 hari.  Ok lah tu. Sebenarnya itupun mahal, sebab pengangkutan kita boleh urus sendiri di pekan Dal Gate dan hotel murah pun ada kat situ, cuma gatal nak tido dalam bot saja. tapi bot ni ada alat pemanas, kalau hotel murah...menggigil la sepanjang malam, kerana cuaca mencecah negatif bila malam woo.


Pakcik si pemilik house boat aku, gambar dirakam pada lawatan hari kedua


Ashok, anak pakcik tu. gambar dirakam semasa city tour


Dirakam dari house boat aku, Pekan Dal Gate disisinya ialah Dal lake yang mashyur itu. Disini lebih tenang untuk menginap berbanding ditengah tengah bandar Srinagar, walaupun pon pon, hon kenderaan amat menggangu kita. 

Petangnya aku dibawa menaiki "syikara" ... menelusuri Dal lake, tapi tak larat nak menulis dah ni... Bersambunglah.....

Tuesday, February 18, 2014

Kembara Solo India : Delhi

Assalamualikum, mlm ni rasa teringat kat India, so nak sambung sikit kisah kembara solo aku yg dah tertangguh lama tu..

8/3/2012 Kochi - Delhi



Tepat jam 7.10, kapal trobang meluncur laju meninggalkan kochi untuk ke destinasi seterusnya, Delhi. Masa atas kapal ni aku perasan satu perkara iaitu, org india di india ni tak bising kecoh mcm india tempat kita. Sopan aje dlm flight. Satu benda lagi menakjubkan aku ialah awek-awek pramugari n pramugaranya... perghhh.... tengoklah sendiri..





Bukan ape, sebenarnya aku takjub sebab mereka dah berusia, tua dan tidak seksi mcm airasia tu. Kesemua anak kapal berusia dlm lingkungan 50an. Walaupun mereka berusia n tidak seksi, flight penuh jugak, sbb kita nak naik flight bukan kita nk tengok puak tu. Alangkah eloknya jika Malaysia dpt mempraktikkan pakaian sopan gini.




9.20 pg Sampai di Delhi


Mula-mula sampai mutar-mutar la jugak, nak cari cara terbaik n termurah utk keluar dari airport, cari auto tak dak, yang ada teksi n limosin aje. Masa tu jugakla tuan rumah call dari malaysia, kata rumah dah ready utk dijual, aku kata ok..nanti balik aku beli. Kopak duit layan panggilan. Jangan sesekali layan panggilan yg kurang penting kecuali kecemasan je,, nahas le nak bayar bil nanti.



Tapak tangan budha menyambut kehadiran para penumpang di Mahatmat Ghandi airport

Last sekali terpaksalah amik teksi kat kaunter belah dalam, dengan harga 240rp untuk ke Qutub Minar, sbbnye tempat ni lebih dekat dari airport berbanding nak ke kawasan backpackers di Paharganj. Naik je teksi, mamat driver tu terus tanya, "pertama kali ke india" aku jawab "kali kedua, dua tahun lepas dah datang".. Aku klentong dia, sbb kita kena ingat, setiap orang berpotensi utk menipu kita. So hati-hati le. Sebenarnya pertanyaan itupun satu perangkap.

Ini dia muka Ravi driver teksi si penipu, ha.ha..nanti aku cerita...

Jujurnya ravi ni peramah orangnya, banyak bertanya n berbual. Berbekalkan sedikit kebolehan berbahasa inggeris menjadikan perjalanan kami tidak kaku. Hari ni Bandar Delhi tidak sesibuk hari lain kerana hari ini hari cuti Diwali. Patutla mamat ni masa mula-mula naik keta dia suruh angkat cermin sampai habis, rupanya takut basah dengan cat-cat Diwali rupanye, dahla kereta tak dak ekon. Panas bhai..














Suasana kemeriahan Hari Diwali & Sekitar Bandar Delhi

Antara tempat yg sempat dilawati hari tu..
Qutub Minar 

Sesampainye di sini, ravi kata tinggalkan aje beg dlm kereta kerana dia akan membawa aku pusing-pusing seluruh delhi, kemana saja aku mahu.. alamak dia sudah cucuk jarum. Kebetulan pulak dlm Qutub minar ni tak boleh bawa masuk beg besar gedabak dan tripod, maka aku kata ok lah.



Qutub minar adalah menara tertinggi di India, awalnya sebuah Monumen Islam kuno, ditulis dengan hiasan kaligrafi Arab. Qutub Minar merupakan menara batu bata tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 72,5 meter.
Mengenai struktur bangunan, Qutub Minar tersusun dari batu pasir merah dengan diameter 14,32 meter di dasarnya dan sekitar 2,75 meter di bagian atasnya.
Qutub Minar terdiri dari tiga tingkatan dimana pada setiap lantainya dikelilingi oleh balkon melingkar dan didukung oleh kurungan batu yang dihiasi desain sarang lebah. Struktur yang lebih menarik dpt ditemukan pada lantai pertama. Ada 379 anak tangga menuju puncak, namun kita tak boleh naik.
Bangunan menara juga dihiasi berbagai kaligrafi dalam bahasa Arab. Secara tertulis ia mengungkapkan sejarah pembangunan Qutub. Menurut tulisan di permukaannya, ada keterangan bahawa Qutub Minar pernah diperbaiki oleh Firoz Shah Tughlaq (AD 1351-1388) dan Sikandar Lodi (AD 1489-1517).
Sebenarnya Qutb Minar merupakan menara dari Masjid Quwwat-ul-Islam, yang digunakan oleh muazin untuk mengumandangkan azan. Namun, kedua bangunan tersebut seolah-olah jadi dua bangunan yang berbeza. Mungkin karena menara Qutb sangat besar dan tinggi sehingga seperti menjadi bangunan tersendiri.

Masjid Quwwat-ul-Islam adalah masjid tertua di Delhi setelah Islam menguasai India. Pembangunannya sendiri dimulai satu tahun setelah pembangunan Qutb Minar. Masjid ini juga sering disebut Masjid Jami’, Masjid Qutb, atau Masjid Besar Delhi. 

Sejujurnya aku takjub dengan hasil binaan dan seni ukir di dinding-dinding tinggalan bersejarah ini.. Tiket nak masuk sini 250 rp.






















minta izin ngn mat n minah saleh utk merakamkan muka comot mereka meraikan diwali

Ikutkan hati, semua gambar nk letak sini. Semuanya indah. Tp x larat. Lepas keluar dari qutub minar, aku bincang pasal sewa kereta ravi utk satu hari penuh, alamak kena 1200 rp dlm masa 8 jam dan tak lebih 80km sehari. adusss kena kincin sudah. Belasah jelah, tapi kalau naik auto utk pusing bandar tak de lah mahal. Bila dah start jln, ravi memaksa utk singgah disebuah kedai barangan Kashmir, aku mati-mati menolak, kerana esok aku akan terbang ke kashmir, buat ape nak shoping barang kashmir kat sini. tapi dia merayu, tolonglah,, tolonglah. Aku semacam dah dpt hidu apa yg dia mahu. Baiklah, pergi n lihat saja, no shoping ok. Dia pun terus memecut laju. 

Bila sampai kat kedai tu, aku masuk dlm, dia lepak kat luar. dlm 15 minit puak kashmir tu layan aku. Habuk pn aku tak beli. bila atas kereta, Ravi menunjukkan note 500 rp kpd aku, dia ucap terima kasih kerana pergi kedai tu.. OOOO ini mainan kau ye. Kalu macam tu kau kena belanja makan tengah hari ok tak. Dia setuju dan membawa aku makan nasi briyani di kawasan penempatan Islam Hazrat Nizamudin Dargah. Tapi mamat ni tak makan pulak, dia tunggu aje aku makan. 

Lepas tu nak melawat Humayun's Tomb, tapi tak leh masuk jem teruk Lepas tu mamat tu pergi tempat lain..


Lotus Tample 






Sebenarnya tempat ni tak de pon dlm list kat dlm otak aku nih, mamat tu yg pandai-pandai suruh aku turun sini. Dia pulak belah pi mana ntah. Apa pun snap lah sekeping dua gambar dari jauh selebihnya amik gambar bunga je lah lagi lawa. Sebenarnya kuil ni adalah kuil untuk orang agama bahai. 


India Gate 





India Gate ni ala-ala Tugu Negara la gitu, ia dibina bagi memperingati jasa pahlawan perang seluruh india, dengan slogan Amar Jawan Jyoti (api gelora tentera abadi)



Delhi Parliment (putrajaya)








Snap gambar atas keta, tak berenti pun. Konsep bandar ni hampir sama dengan perbandaran putrajaya. Dulu pernah ada org kata, putrajaya tu tiru dia punya la. Tau betul ka dak...


Raj Ghat National Ghandi Museum, Ghandi Memorial










Sini pun tak masuk sbb tak termasuk dlm list, hanya snap luar-luar je. Masuk pn sikit je tak sampai kubur datuk nih. Ghandi terkenal diseluruh dunia dan dipuja di india. 


Kubur Tok Syeikh Mana Entah









 hai pakcik rilek je... geli jugak aku nak shoot gambar ni

Kebetulan lalu sini, suruh ravi berhenti sbb nampak ramai orang & suasana pun nampak menarik. Bila chek tengok tu dia, geng-geng brelvi tengah puja kubor. Bid'ah lagi menyesatkan. Allahhu rabbi.. apa nak jadila. Menyanyi, main muzik dll dikubur. Macam kubur org "keramat" tu..



Red Fort



















Red Fort @ Benteng / Kubu Merah @ Lal Qil'ah atau Lal Qila) adalah sebuah kompleks abad 17 yang dibangun oleh Kerajaan Mughal, Shah Jahan yang berfungsi sebagai kediaman para Raja Mughal.
Bayaran masuk ialah 250 rp dan tak boleh bawa tripod juga. Beli ole-ole sikit kat sini.


Masjid Jama'
Masjid jama' dari jendela hotel aku

Sebetulnya aku kesini untuk solat maghrib n isyak sahaja, perancangan awal nak tidur di Paharganj. Tapi bila masuk kawasan ni, hati aku terus terpikat. Awalnya cuak juga, sbb kotor, sibuk, habuk dll. Tapi bila terpandang masjid ni dan persekitaran masyarakat Islamnye terus melekat. Aku kata kat ravi, bahawa akan bermalam disini. Macam biasalah ravi akan memberi pelbagai alasan, bahawa tempat ni bahaya, banyak pencuri, penyamun, kotor dan segala macam keburukan. Padahal aku dah tau kau punya taktik, nak bawa aku pi hotel yg dia boleh komesyen la tu. Aku kata tak pe lah aku nak tido sini, terus aku bayar dan pikul beg cari hotel murah. 

Penat juga la cari, tapi jumpa hotel sebelah kiri kiblat dgn harga 500 rp per malam. Lepas chek in pekena Mutton briyani dgn harga 127 rp di Restoren Jawarhal @ Jawarlal betul-betul kat lorong dpn pintu masjid. Lps makan, merayau-rayau cari ole-ole utk anak2. Gelang satu set baru 40 rp, kalu kat sini... kurta utk anak jantan pulak 500 rp, ala-ala bolywood gitu.

Lepas tu layan kaki berjalan, melihat masyarakat Islam sini, sambil merakam kenangan terindah diwaktu malam.







Tersentuh bila melihat golongan gelandangan dilayan sebegini oleh pemilik restoren. Bukan satu tapi semua restoran akan memberi makan kpd org miskin, kalau ditempat kita, rela dibuang makanan tu daripada bagi orang miskin makan. Para pemilik restoren menjamu mereka dengan muka tersenyum, wah pemurah betul mereka ini. Kita dpt lihat warna-warna kehidupan ini sekitar jam 10 mlm, dan aku memerhatinya dgn lubuk hati yg paling dalam. Tadi siang aku melihat / melawat kemegahan dan kebesaran kerajaan Islam suatu masa dulu. bukan sedikit wang dibelanjakan untuk membina istana, kota dan berbagai tamadun itu. namun rakyatnya masih merempat yang sedihnya mereka seagama dgnku. 

Aku membawa pulang perasaan itu ke bilik tidur, susah mata ini utk dilelapkan. waktu berlalu dengan cepat. Tepat jam 5.20 pg azan subuh berkumandang, aku harus mengambil bahagian dalam pesta ibadah di awal hari ini, rasa teruja ini juga menyebabkan aku tidak lena tidur. 








Cantiknya masjid ni, dah la besar, tempat solat terbukanya amat luas, solat sunat ditempat terbuka terasa spt di Arafah. Dicucuk-cucuk tulang ini kesejukan. Cukup merdu suara imam mengalun surah Yasiin dan al-A'la, walaupun pagi itu pagi jumaat yang biasanya dibaca surah Sajdah ditempat kita. Sungguh terbuka fekah mereka. Jemaah pun ramai, memenuhi ruang dalam masjid. 






Selepas solat, bersiar-siar sekitar masjid. Menyaksikan kota Delhi dari beranda masjid

Setelah sarapan roti nan cicah kari daging, balik ke hotel dan bersiap-siap untuk bertolak ke Kashmir pula.... bersambung......  

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??