Thursday, November 14, 2013

Kembara Solo India: Transit di Kochi

7 Mac 2012 hari yg ditunggu-tunggu telah tiba, iaitu hari berangkat ke India secara Solo, masih lagi aku terkejut..sejauh itu akan seorang diri...ooooh. Kochi ni nama baru bagi wilayah Selatan India iaitu Kerala nama lamanye lah.

10:50 pg mintak izin balik awal dari Gb hu hu, jam 11:20 bertolak ke airport dihantar oleh cikgu Syed, Tq Syed. Mula-mula sampai airport pening juga. Sbb inilah kali pertama aku menguruskan sendiri perjalanan aku, sblm ni naik MAS ke Bandung diuruskan oleh syarikat travel..pergi free gitulah. tapi yg ni semuanya kena urus sendiri, pening jugak. Jujurnya ini adalah kali kedua aku naik kapal terbang.

Tepat jam 3.40 flight berlepas, perasaan mula bercampur baur, antara gembira dan sedih. Sedih meninggalkan ahli keluarga dan gembira utk meneroka dunia luar penuh cabaran yg menjadi impian ku sedari kecil.

Atas flight pulak duduk sebelah awek amerika usianya menjangkau hampir 60 thn dan sebelahnya budak lelaki kanada, kanan pulak india. Alamak nak bercakap ngn sapa nih, tapi awek amerika nih ramah betul orangnya, maka berboraklah kami beberapa jam atas tu, masa tu baru aku tahu tahap penguasaan bahasa omputih aku, hampeh, banyak juga soalan makcik nih yg aku angguk dan sengeh sengeh je,,,tak paham. Makcik ni dah 6 bulan keluar luah megambara, wow,,, aku nak pi 9 hari pun risau, dia 6 bulan, katanya dia dari Thailand, transit je KL nak ke India. Dia ni pn tak tau nak pi mana kat India nanti... Samalah kita.

Masa org jual nasi atas flight aku sombong tak nak beli sbb masa sampai dlm pkl 5 je, so naik dah dekat jam 4 mesti jap lg sampai. Bila jam menunjukkan pkl 5 tak juga sampai, apasal ni. perut dah bunyi. Pkl 6 dah menghampiri, last sekali aku tanya pramugari, kata pukul 5 sampai skrg dah pkl 6 tak sampai lg ke, ooo dia kata itu lokal time, 5 india katanya dlm jam 7 gitu.. alamak,, akupun terus tanya nasi yg tadi dah abihke... beli dan terus makan.

                       nak mengadap imegresen, mula mula banyak songel dia tengok visa aku..

5.30 (local time) ptg sampai di Kochi, aku terus call isteri, katanya dah siap siap nak solat maghrib dlm pkl 7.30 mlm perrh.

        wow... kajol kojol semua ada tengah tunggu sanak saudara kat airport, yg lelaki banyak pakai sarung

    lumayan besar la jugak airport dia, tapi aku kena marah sama pakcik jaga, dia tak bagi amik gambo, aikk     kat luar takkan tak boleh.
 
Sampai sini penin cari arah tuju. tak tahu nak kemana, cuma dalam kepala aku nak pi jln-jln di Fort Kochi dan nak tido sana sekali. Last sekali aku join dengan makcik amerika dan dua org budak kanada tu ke Fort kochi, satu kereta 800rp. Stesen teksi dia belah kanan bila keluar airport.

                jumpa kenderaan ni yg dipanggil auto masa dlm perjalanan ke fort kochi, lawa oo


                           laparnye nampak ayam goreng, tapi takut pulak bila tengok perkataan simati.

                   gambar amitab blacan dimana-mana saja, beliau mendominasi dunia hiburan di india

                                             penin tengok signbord ni, mana arah ku

Alhamdulillah,,, dah sampai fort kochi, tapi Ya Allah jauhnya jaraknya lebihkurang 45km, rasa penat, lapar semua ada dan terkejut aku, kereta kami berhenti di gereja st mary di fort kochi, iaitu gereja yg besar dan mempunyai sejarah yg penting bagi kristian di kochi. Alamak, 3 orang kawan baru ni kata mereka nak tido dlm gereja kerana ada tempat penginapan disediakan dan beberapa kawan mereka yg lain siap menunggu kat situ, mereka juga mempelawa aku tidur disitu. terus aku bagi jawapan sori, flight saya awal pg esok iaitu jam 7 pg, kalu tido sini takut tak sempat nak ke airport. So kami mengucapkan goodbye dan aku patah balik ke airport.... oooo penat wo..


Hotel tempat beradu mlm tu

Akhirnya aku sampai dikawasan depan airport, kat sini banyak hotel murah jgn risau. Setelah penat servay harga akhirnya hotel ni menjadi pilihanku iaitu Hotel Royal Wing dgn kadar 600rp / mlm ok lah tu. Syukur Alhamdulillah tokey dia org Islam siap mengucap dua kalimah syahadah lg bila aku tanya, Waktu solat dan kiblat juga diberitahu dgn baik. Naik simpan barang terus turun makan roti capati dua biji. Halal halal katanya, jujurnya aku ok saja dgn roti roti ni sbb dah lama praktis kat Malaysia. lokasi hotel ini boleh dijangkau dgn berjalan kaki sahaja jika nak jimat duit tanpa naik teksi, sbb jika deal terus dgn hotel dpt harga lg murah, sbb hotel tak perlu bayor kpd driver teksi. Ini no fon hotel 04842610263 mungkin dia boleh pickup kat airport juga. sesuai bagi yg transit kat sini. 

Sblm tido siap pesan kat kaunter supaya dikejutkan jam 5 pg utk solat subuh dan terus ke airport. Ternyata tepat jam 5 mereka ketuk pintu bilik, tapi masa tu aku dah bangun dan siap siap nak mandi, siap mandi terdengar sayup suara azan, alangkah indahnya jika dapat solat subuh disitu, tapi sayang aku perlu bergegas ke airport. 

kereta yg menghantar aku ke airport pg tu, foc

Sekian catatan perjalanan di kochi, bersambung di Delhi di kesempatan yg lain....

2 comments:

  1. Seronok baca catatan ustaz ni...
    Ada rezeki, boleh join.

    ReplyDelete
  2. Sambungan......please....

    ReplyDelete

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??