Wednesday, October 3, 2018

Lawatan Ke Tempat Menarik Di Kuching Sarawak


Assalamualaikum, post kali ni nak cerita tentang lawatan ke Kuching pula. Kami sekeluarga pergi hari tu 13-17 November 2012. Tujuh tahun yang lalu..huhu.

Kat sana kami sewa kancil je, jimat. Hotel pulak pilih yang agak jauh dari Waterfront yang murah murah je.

Kuching ni banyak juge tempat yang boleh di lawati. Beberapa tempat menarik yang kami sempat pergi ialah:

Waterfront

Kat sini biasalah banyak pelancong dan warga tempatan yang datang jalan jalan. Kawasan hotel pun banyak. Ada pasar seni macam kat KL tu. ada India Street, kawasan sini jugalah yang ada 'kucing besar' tu. Mesti tak sah ke kucing kalau tak bergambar kat sini. pastu yang best boleh naik boat untuk keseberang sana bagi menikmati makanan dan membeli kek lapis...














Kedua: Muzium Sarawak

Bagi sesiapa yang minat dengan sejarah boleh le masuk dalam ni, sambil beli sedikit cenderahati.
















Ketiga: Jong Crocodile

Jong Crocodile ni taman buaya le, nak masuk kena bayar, tak ingat berapa. terletak di luar dari bandar sedikit. Budak budak seronok datang sini boleh tengok buaya dan binatang lain juga. paling best tengok penjaga tu bagi makan buaya..












Keempat: Semenggok Orang Utan

Nak datang sini lebih setengah jam rasanya, dah tak ingat. elok datang sini belah pagi lepas tu boleh terus ke tempat buaya tadi. Kat sini nasib nak tengok orang utan, sebab time dia turun boleh le tengok, time dia pi jalan jalan maka tak dapat le tengok.



nama pun sedap sedap orang utan ni

Kelima: Kampung Budaya

Kampung Budaya ialah tempat yang wajib dikunjungi jika ke Kuching, kerana dapat melihat budaya sarawak yang telah dikumpulkan secara lebih dekat. Tiket masuk kalau tak silap Rm 60, kat sini ada persembahan budaya 2 kali sehari iaitu jam 10pg dan 4 petang, so jangan lepaskan peluang menyaksikannya. Jarak dari bandar Kuching sekitar 30km lebih dan memakan masa 40 minit lebih untuk memandu..

















Keenam: Rumah Panjang Kg Bunuk

Untuk melihat keadaan sebenar penduduk di rumah panjang, eloklah datang ke sini atau ke rumah panjang yang lain. Jika malas, cukuplah lihat di kampung budaya tadi. 








Last Sekali: Pasar Serikin

Serikin terletak di sempadan malay-indon, jarak dari bandar Kuching hampir 60km, memandu lebih kurang 1 jam la. Tempat ni memang best untuk jalan jalan dan shooping window, harga tikar sarawak kat sini pun jauh beza berbanding di bandar Kuching, kalau dengan semenanjung jangan cerita la. Aku beli juga sebidang, lipat lipat macam baju je dia orang buat.. muat kancil tu.. Pasar ni ada sabtu ahad je tau..



Itu saja lawatan dan tempat menarik di kuching yang aku sekeluarga sempat pergi dan kalau malam jangan lupa try kat medan ikan bakar dan seafood di RoofTop, dalam bandar je. ok itu dulu

MENGEMBARALAH...PASTI AKAN KETEMU SIAPA DIRIMU
KEMBARA SOLO TETAP DIHATI

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??