Wednesday, December 2, 2015

Kembara Solo India : Agra Taj Mahal


Assalamualikum, nak sambung kisah kembara solo India..

15/3/2012 Delhi to Agra Taj Mahal

Pagi ni bangun dengan penuh semangat, nak saksikan Taj Mahal katakan, ye lah.. 7 bangunan ajaib di dunia tu, lagipun, Tak sampai india kalau tak sampai ke Taj Mahal. Selain tu akan melawat juga Agra Fort, Fatehpur Sikri dan Mathura. Pakej bas ke semua tempat tu adalah rp 425 shj.

Azan je subuh, terus solat dan meluru turun ke bawah mendapatkan bas yang sedia menunggu.


Pemandangan pertama sejurus turun dari tangga hotel, orang yang tiada rumah ni ramaiii, satu pemandangan biasa di india, semoga mereka bahagia. Tangga hotel aku, warna putih belang hitam tu, belakang pakcik tu.

Naik bas dan beberapa lagi penumpang dari hotel sekitar, bas pun pusing sekitar Delhi termasuklah di Pahargant. Kecoh drebar dan kelindan bas ni, penumpang mesti duduk ikut nombor booking seperti waktu malam tadi di hotel, sehinggakan saudara mara atau sahabat yang naik bas sekali pun tak boleh duduk sebelah sebelah, last sekali ada beberapa orang yang tak jadi pergi selepas berlaku perang mulut. Aduh... susah sangat mamat kelindan ni. bagi je duduk sendiri, selesai masalah. Cuma yang pasti hanya aku sorang je warga asing dalam bas ni, orang lain semua pelancong tempatan. Aku cuba menikmati perjalanan yang baru nak bermula ni.

Takjub aku lihat kat simpang empat di kawasan old delhi ni, lampu isyarat berfungsi dengan baik dan siap ada cctv lagi tu.. (cari sendiri). Nak rakam kereta lembu tu kot. Senyum soram soram...

Agak lewat bas meninggalkan kota Delhi, maklumlah nak penuhkan penumpang tu. Setelah agak jauh meninggalkan delhi, bas singgah di satu tempat untuk makan tengahari. Aku tak makan, sebab tengok lain macam je kedai ni, pastinya bukan Islam. Aku hanya membeli sebotol air mineral dan dua pek biskut yang tertulis "vegeterian". Doa supaya gastrik tak datang.

Setelah menempuh perjalanan sejauh 200 km +- kami tiba di kota Agra, Alhamdulillah tempat pertama disinggah ialah restoran. Halal pulak tu, aku cuma makan nan sahaja, nak makan nasi tak berapa lalu. Setelah makan kami di bawa ke :

Agra Fort


Kubu Agra adalah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kubu ini juga dikenali sebagai Lal qila, Kubu Pemerah Pipi dan Kubu Merah di Agra. Kedudukannya adalah 2.5 km ke barat laut sebuah monumen yang lebih terkenal, Taj Mahal. Kubu ini lebih tepat diperincikan sebagai sebuah kota rumah agam bertembok.
Kubu Agra adalah sebuah kubu paling penting di India. Mughal-mughal terkenal Babur, Humayun, Akbar, Jehangir, Shah Jahan dan Aurangzeb tinggal di sini, dan mentadbir negara dari sini. Ia memiliki perbendaharaan dan kilang syiling terbesar negara. (sumber: makcik wiki)
Hemm. tempat ni memang cantik, kalau boleh nak tempek semua gambar kat sini, tapi...






Atas: Taj Mahal dari celahan tingkap. Di kamar inilah Shah Jahan menghabiskan sisa sisa hidupnya setelah dipenjarakan oleh anaknya sambil merenung Taj Mahal nun jauh di sana yang di bina olehnya menjadi tempat bersemadi jasad kekasihnya, Mumtaz Mahal.

Taj Mahal nun jauh di sana, tersegam indah di bibir Sungai Yamuna, Kau bukti cinta murni sang suami,  jom kita ke sana...

Taj Mahal
 Kali pertama memandang, tidak sabar untuk ku tatap keseluruhan wajah mu..

 MasyaAllah, terpukau dengan keindahan mu, serata dunia datang untuk menyaksikan keindahan mu..




Aku masuk ke Taj Mahal melalui gate timur, Kawalan keselamatan sebelum masuk terlalu ketat, jadi jangan bawa apa-apa yang boleh meragukan, aku punya gula-gula pun dia orang syak. Tiket masuk ke Taj Mahal pula sangat mahal iaitu rp 750 untuk warga asing dan terlalu murah bagi warga tempatan. Tapi mereka terpaksa beratur teramat panjang untuk masuk ke dalam Taj Mahal.


Waktu agak lewat, solat belum ditunaikan, bangunan kiri sebelah Taj Mahal adalah masjid. Aku solat di situ. Direzekikan dapat bermesra dan berbual dengan imam masjid Taj Mahal.
Imam Masjid Taj Mahal, beliau mewarisi tugas imam dari bapa dan datuknya.

Fatehpur Sikri 

Seperti Agra, Fatehpur Sikri juga terletak di Negeri Uttar Pradesh, 40 Km dari Taj Mahal. Fatehpur Sikri adalah sebuah bandar dan dewan bandaraya di bandar Agra. Ia merupakan bandar bersejarah Fatehabad, dibina oleh Maharaja Mughal, Akbar pada 1570. Tujuan pembinaan untuk menghormati ahli sufi Shaikh Salim Chisti yang tinggal di sebuah gua di atas bukit di Sikri.
Akbar menjadi maharaja Empayar Mughal selepas Maharaja Jahangir. Fatehabad ditukar nama kepada Fatehpur dan kemudian Fatehpur Sikri. Senibinanya gabungan gaya India, Parsi dan Islam. Fatehpur Sikri menjadi ibu kota Empayar Mughal dari 1571 hingga 1585. Pembinaan mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan.
Ia menjadi tapak pelancongan popular dan diiktiraf sebagaiTapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986. Tapak itu sendiri adalah sebuah bandar hantu, walaupun bandar ini memiliki penduduk sebesar 28.804 menurut bancian 2001 .(sumber: makcik wiki).
Atas: Pintu masuk.     Bawah: berwarna putih ni ialah kubur Salim Chisti 
(tiga gambar di atas amik dari pakcik google)

Oleh kerana aku sampai malam kat sini, maka tak boleh lah nak bergambar. Walaupun senibinanya cantik dan menawan hanya bangunan bahagian dalam kubur Salim Chisti saja yang ada koleksi gambar yang dapat aku rakam. 
Ni gambar aku rakam, kami kena membongkok badan untuk masuk kedalam bangunan fatehpur Sikri ini, kerana pintunya telah ditutup. yelah..malam kan. 

Kubur Salim Chisti, ramai pengunjung kesini untuk berdoa dan memohon hajat, selesai berdoa dikubur, mereka akan mengikat tali di dinding dinding sekitar supaya dikabulkan doa. Pasangan pengantin baru ini berdoa supaya mendapat anak. Penjaga kubur juga menghulurkan tali kepada aku, "nehi..karunge" aku kata. Dia celek mata dan kata "pesa..pesa". 'Duit duit'.., dia suruh aku derma untuk kubur. Rosak habis kalau macamni. Ya Allah, selamatkan akidah saudara kami di sana dari terus menjadikan kubur sebagai tempat ibadah dan bergantung harap.
Keluar dari sini terus bertolak balik, Satu lagi tempat lawatan iaitu Mathura, tak dapat pergi kerana dah lewat, lagipun itu kuil hindu lama.  Penat, lapar. Ya Allah. kalau nak perjalanan macamni, sediakan air dan makanan yang banyak dalam beg ye. Sampai di Delhi jam satu atau hampir dua pagi. Letih. 
MENGEMBARALAH, PASTI AKAN KETEMU SIAPA DIRIMU
 KEMBARA SOLO TETAP DIHATI

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??