Wednesday, November 1, 2017

Percutian Keluarga Ke Bandung


Pada 22-26/8/2012 yang lalu (tertangguh 5 tahun yg lalu) kami sekeluarga melancong ke kota Bandung, kota yang masyhur dengan pusat membeli belah. Sebenarnya ini kali ke dua aku ke Bandung, kali pertama pada bulan mei 2011, itupun percuma, ditaja sepenuhnya oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd, sebagai hadiah bagi ejen baru yang mencapai target syarikat dan itu jugalah kali pertama aku menaiki kapal terbang, ya kali pertama naik kapal terbang, menangis bercucuran air mata kerana tak sangka dapat naik kapal terbang, MAS pulak tu.

Tapi percutian ke Bandung kali kedua ini bersama keluarga tercinta, masa tu anak aku sudah empat ye, sekarang 2017 sudah nak masuk enam orang bulan mac nanti. Pastinya percutian ini adalah sangat bermakna kerana ini pula merupakan kali pertama buat isteri dan anak anak menaiki kapal terbang, naik air asia je ye.

Ketibaan kami di Bandara Husein Sastranegara Bandung disambut oleh pak supir yang setia menanti kami, Pak Adi namanya. Selama empat malam tersebut kami menginap di Pop Hotel Festival Citylink Bandung, hotel murah murah je, maklumlah bajet pun ciput je.

Antara tempat yang kami lawati sepanjang berada di sini ialah, Kawah Putih, kawah gunung berapi. asalnya nak ke Tangkuban Perahu, tetapi kami dimaklumkan Tangkuban Perahu tutup untuk kunjungan saat itu, kecewa, kerana memang tujuan nak tunjukkan kawah Tangkuban Perahu kepada anak isteri, dulu aku dah pergi cuma nak tunjuk kat diaorang ler, ok lah kawah putih pun ok lah sebab aku belum ke sana lagi. Ternyata perjalanan ke Kawah Putih betul betul menyiksakan kerana jalan untuk ke puncak gunug jem teruk. bayangkan separuh hari untuk naik dan separuh hari untuk turun sedangkan jaraknya hanya 40 km sehala. Rugi dan menyesal, kerana terlalu penat lagipun Kawah putih tidaklah memukau seperti Tangkuban  Parahu.


Tempat kedua yang kami kunjungi ialah Tran Studio, Ya Allah teramat ramai umat mu. Sebenarnya kami ke Bandung adalah musim cuti lebaran, lepas raya puasa dua hari kalau tak silap, mana tak ramainya. Lain kali jangan datang musim raya ye. Melayan anak anak bermain di sini sangat puas hati, ye le bapak pun belum pernah main semacam ini. Dua jenis permainan yang aku dah cuba dan tak akan cuba lagi, pertama yang pusing pusing ni,, kecut beb.. kedua aku naik roler koster, aku rasa itu lah pengakhiran hidup aku, rasa nak mati dengan ketinggian dan kelajuan yang dicapai. Apa pun bangga rasanya bila turun dari roler koster kerana dihadiahkan pelekat "Tahniah anda berani menaiki Yamaha Coster".









Tempat ketiga yang menjadi kunjungan wajib ialah shoping, Pasar Baru dan Factory Outlet. Masa datang free dulu takde lah banyak shoping, tapi kalini beribu riban jugaklah, baju aku saje yang di beli di FO mencecah RM 1000 lebih belum masuk yang isteri dan anak anak serta hadian untuk mak dan adik lagi, pokai..pokai.. Sebenarnya banyak factory outlet di Bandung, seperti di Jalan Chihampelas, Jalan Setia Budi, Jalan Dago, Jalan Riau, Jalan Cibaduyut, bak kata orang memang tak ingat dunia, shoping di Rumah Mode lagi. untuk shoping ternyata nyaman ya musim ini kerana tidak ramai orang, maklumlah dah lepas raya, siap boleh berlari lari dalam Pasar Baru tu. Sekarang sudah 2017, baju baju yang aku beli dulu masih baru dan lawa lagi.

Tempat Keempat yang termasuk dalam list aku ialah kedai buku, Gramedia Toko Buku yang sempat aku singgah, berkilo kilo jugalah buku yang aku beli. Sebenarnya aku telah membeli sebanyak 100kg timbangan untuk pesawat Air Asia, ternyata tidak muat dan beberapa beg tarik dan bimbit terpaksa dibawa naik ke pesawat, seksa terasa. Semasa shoping seronok, bila dah nak balik penat membawa barang naik pesawat, dukung anak lagi dan stroler bayi lagi. apa pun kami seronok.

Jangan lupa untuk spend Rp 75000 di Bandara Bandung ye, kerana anda terpaksa membayar airport tax secara tunai ketika chek in pulang. Jangan sampai kering garing bajet tu, alamatnya tidur di airport le jawabnya. Oh ye sepanjang di sana kami banyak mencuba untuk makan di pelbagai jenis kedai atau rumah makan ye, ada ala minang dan makanan sunda. Tapi di Restoran Simpang Raya menjadi pilihan kerana rendang dagingnya teramat sedap. Sekian, percutian Keluarga ke kota Bandung membawa seribu kenangan dan berpikul kilogram. Tamat.. masih mencari kekuatan untuk menyiapkan kisah kisah lain yang tertangguh sekian lama.

MENGEMBARALAH..PASTI AKAN KETEMU SIAPA DIRIMU
KEMBARA SOLO TETAP DIHATI

Monday, February 20, 2017

Memandu Ke Bangkok: Prachuap Khiri Khan - Dan Singkhon - Bangkok


Assalamualaikum, bersambung part 2: 

2/6/2012 Prachuap Khiri Khan - Dan Singkhon (sempadan Thai Myanmar) - Bangkok (340 km)

Pagi ni terus ke Dan Singkhon iaitu sebuah Central Market di sempadan Thai Myanmar, tempatnya menarik kerana sesuai untuk cuci mata, ada menjual barang ukiran kayu, kerusi meja, batu permata zamrud, orkid, semuanya dari Myanmar, semestinya t shirt adalah target utama. 




Selepas penat pusing dan usha awek Myanmar yang manis jelita memakai bedak sejuk di pipi, kami pun bertolak ke Bangkok.

Di Prachuap, isi minyak lagi sebanyak 1000 bhat, baru dapat 26L, adoiii. Berhenti makan di apa nama ntah, Tam Sake kalau tak silap. Sedap masakan makcikni tapi punya lah lambat.

Kota Bangkok


Sedang mencari arah di Kota Bangkok

Kota Bangkok ni sangat besar ye, dua kali ganda KL kot. Sampai di Samut Sakhorn isi minyak lagi 900 bhat, Masuk Bangkok terus ke Pasar Chatuchak pada sebelah petangnya, kami solat di tempat parking kereta dengan beralaskan tikar. Pasar Chatuchak ni sangat best untuk di lawati kerana konsepnya amat sesuai untuk santai mahupun mengintai ole ole bangkok, bahkan barang pelik pelik pun ado. Ketika sedang pusing pusing Kota Bangkok terasa cuak juga, kerana sebuah kereta malaysia pun tak kelihatan, paling last aku nampak di Koh Samui, tapi taklah sebanyak di Phuket atau Krabi, kalau di Kota Bangkok jangan mimpi la.

Dah lama aku nak tunjuk gambar ni kat korang, pelbagai jenis di jual di Pasar Chatucak ni, sila pilih: 








Selepas penat pusing di Pasar Chatuchak, oh ye pasar ni ada semua jenis barang ye, dari makanan, pakaian dan cenderahati sampailah ke buah hati sekali. setelah itu kami mencari hotel murah di kawasan sekitar. Kami menginap di Hotel Pradiphat dengan harga 1200 bhat, biliknya besar maka kami sumbat semua orang. Ada dua katil besar, semuanya aku bagi mak, adik dan anak-anak aje, aku dan isteri tidur kat ruang tamu beralaskan selimut.

Tapi malam tu sebelum mata beradu, aku dan isteri keluar merayap ke Kota Bangkok, orang lain semua penat dan nak berehat, kami pula tak reti nak berehat. Dapat merasa naik tut tut, kami pergi ke Talat Rot Fai ataupun Pasar Kereta Api, kat sini banyak barang rare boleh kita temui, dari buku lama, hingga kepada motor klasik, semuanya sedia untuk di jual. balik naik tut tut lagi, ternyata harganya sama walaupun tut tut yang berbeza, tak kena kencing la tu.




Talat Rot Fai / Pasar Kereta Api

3/6/2012 Pusing Kota Bangkok - Prachuap Khiri Khan (300km)

Ok bersambung lagi, ketika mula menulis yg 3hb ni aku baru balik Brunei, maka adalah semangat nak habiskan kisah Memandu ke Bangkok yang tertunggak sudah hampir lima tahun.

Pagi ni bila bangun aku lihat adik aku menangis teresak-esak, meminta supaya aku membatalkan niat untuk ke Chiang Mai, kerana jumlah cutinya tidak cukup. Maka dengan perasaan agak kecewa aku terpaksa mengalah. Jadi hari ni hanya pusing pusing dalam kota Bangkok dan berpatah balik ke Selatan melalui jalan Phuket-Krabi.

Selepas penat mencari kedai makan muslim, kami terjumpalah kedai makan yang kat celah celah lorong yang diusahakaan oleh warga Narathiwat, selepas itu kami melawat ke istana 'Dusit Palace' selepas itu ke pasar terapung di dalam Bangkok ni, kecil aje tak sebesar Pasar Terapung Damneng Saduak yang top itu. Setelah itu kami pusing China Town dan meletak kenderaan di kawasan sekitar untuk shooping window dan menaiki tut tut, ya.. kami semua menaiki tut tut, hanya pusing pusing sahaja.


 Tut tut jenis ni harga sama vios tu..

China Town

Setelah penat pusing kesana kemari, kami keluar dari Kota Bangkok menuju ke Phuket, Isi minyak di Samut Sakorn 830Bhat, setelah malam menjelma kami tidur di hotel berharga 500 bhat tetapi beliau memberi 800 B untuk dua buah bilik, hotel ini terletak di Prachuap Khiri Khan.

4/6/2016 Prachuap Khiri Khan - Ranong - Pan Nga - Phuket (574 km)

Dari Prachuap kami menelusuri jalan dalam, iaitu bukan jalan haighway ke phuket/krabi, aku pilih jalan ni kerana ia lebih mendamaikan dan mungkin aku dapat lihat banyak perkara di sepanjang perjalanan. Isi minyak 1280bhat dan setelah itu kami enjoy dalam perjalanan, singgah makan durian di tepi jalan sekitar Ranong, dan kami berhenti di sebuah air terjun yang cantik tetapi kami tidak mandi kerana semua penumpang tak nak mandi kecuali anak-anak je. Isi minyak sekali lagi di Pan Nga sebanyak 1000 bhat dan Setelah menikmati alam ciptaan Tuhan disepanjang perjalanan, kami berhenti tidur di salah sebuah hotel di Ban Tha Nun Phuket, di tanah besar ye sebelum naik jambatan ke Pulau Phuket sebab mata dah terlalu berat
 Berhenti di salah sebuah air terjun di Ranong, kelebihan ikut jalan dalam gini ler... kalau ada arwah Abah yg mungkin berdiri sebelah mak aku, mesti gambar ini lebih berharga... semoga Allah merahmatinya..

5/6/2016 Phuket- Krabi-Trang- Hatyai- Pattani (545km)

Bangun pagi ini kami semua tak mandi sebab hotel tak ade air, air cukup untuk berwudhuk aje, adoi.. lepas solat kami terus pecut ke Pulau Phuket. Tapi sayang seribu kali sayang kerana di sebelah pantai sini tidak sesuai untuk mandi bahkan terlalu bahaya untuk mendekati kawasan pantai kerana angin dan ombak terlalu kuat. Ingat ye jika nak ke Phuket, Krabi atau Trang jangan datang pada  bulan 5 atau 6 sebab rugi  tak boleh dan tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk menghampiri kawasan pantai, semua pulau ditutup, kalau bulan sebegini elok ke pantai belah Kelantan iaitu ke Koh Samui. Tapi kalau bulan disember pulak dia terbalik ye.. Di Phuket kami terserempak dengan dua buah bas rombongan para guru dari Lembah Klang, mereka ke Phuket menggunakan kapal persiaran Star Cruse, tapi melopong je le mata kerana tak boleh mandi. Kami terserempak dengan mereka dan sempat bertegur sapa di Laem Phromthep.

Laem Phromthep



 Ada wifi ye di kawasan publik di Laem Phromthep
singgah makan ketika mula keluar dari Phuket

Oh ye, Laem Phromthep ni adalah tempat wajib jika ke Phuket, tidak sah atau tidak sampai anda ke Phuket jika tidak ke Laem Phromthep, ala ala tanjung gitu, cukup mendamaikan alam ciptaan Tuhan.

Setelah penat makan angin di Phuket kami bertolak balik ke Patani melaui Krabi, tetapi kami tidak masuk ke kawasan Aonang kerana suasananya sama iaitu tak boleh mandi manda, isi minyak di Krabi sebanyak 1400 bhat, seterusnya kami melalui Trang-Hatyai dan Sampai di Pattani sekitar jam 4.30 pagi. asalnya aku nak tidur di Hatyai, tapi mak aku cakap udah udah ler, balik terus.

Pattani - Bangi (609 km)

Setelah sehari dua di Pattani kami pun balik ke Bangi. Sekianlah tamat perjalanan kami dari Bangi ke Bangkok- Bangkok ke Bangi.
Ini laluan Trip yang aku buat, perjalanan di kira dari sempadan ye, kalau kira dari KL lagi jauh tu

Aku rasa sampai sini dulu untuk Trip pusing pusing siam ni, Memandu di thailand, atau memandu ke Bangkok. Tamat.. 5 tahun tertangguh,,hu hu..

MENGEMBARALAH, PASTI AKAN KETEMU SIAPA DIRIMU
KEMBARA SOLO TETAP DIHATI

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??