Tuesday, June 18, 2013

Kembara Solo: India - Persiapan



Bismillahirrahmanirrahim....

Catatan perjalanan kali ini ialah ke India secara solo, dengan slogan Incredible India aku melangkahkan kaki ke bumi Allah nan jauh disana. Walaupun berbeza agama, bangsa, warna kulit, bahasa, budaya dan segala macam perbezaan namun ku atur langkah ini kerna aku yakin bumi ini milik Allah, dimana saja aku pergi Allah pasti bersamaku.

Kembara ini sebenarnya menuju ke Kashmir, sebuah bumi ciptaan Allah yang cukup indah, sememangnya menjadi tempat impian untuk aku terokai selain Bumi yang diberkati, Makkah, Madinah dan Baitulmaqdis. Namun untuk  sampai kesana bukannya mudah, aku perlu berkira-kira dengan masa, jarak dan kos perbelanjaan. Pengembaraan ini bermula dari 7-17/3/2012.

Namun, Impian ini semakin membara bila membaca catatan-catatan lain dari pengembara dalam dan luar negara. Perancangan awal hendak ku bawa seluruh ahli keluarga, kerana pada ketika itu air asia menawarkan musim terakhir penerbangannya ke Delhi, selepas ni dia dah nak tutup laluan tu. Masa tu kira murah sangat untuk lima tiket dan satu bayi hanya RM 3K ++ sahaja pergi dan balik.

Tapi, isteri kesayangan aku ni takut nak ke Kashmir, kerana cuaca disana masih terlalu sejuk, sebabnya dia dan anak yang ke tiga tu ada asma maka kempunanlah hajat dihati. Pilu, sedih, hampa segala macam perasaan timbul ketika tu....Jeng..jennnng, namun hasrat hati aku tiada siapa yang dapat memadamnya, oleh kerana hati ku telah berada di Kashmir maka aku menyatakan pada isteri dan anak-anak bahawa aku akan kesana seorang diri, Alhamdulillah isteri merelakan walaupun nampak macam sedih akan ditinggalkan bersama anak-anak.

Bila nak beli je tiket air asia ke Delhi, tiketnya sudah habis dan laluan itu sudah ditutup. Alamak, lari aku punya bujet. Pikir punya pikir macamana nak buat, dapat satu idea. Beli tiket flight lompat-lompat, macam naik bas lompat la plk. Best jugak cara gini disamping boleh naik fligh banyak kali boleh kenal negeri India yang lain-lain. Lain tempat, lain budaya dan cara hidupnya.
                                               Malaysia dan India nampak macam jauh je

Maka aku pun belilah tiket, cari negeri yang paling hampir dengan Delhi dan yang paling sesuai dengan tarikh dan paling penting murah.. Dapatlah tiket ke Kochi atau dulunya dikenali sebagai Kerala, negeri paling selatan di India. Dari Kochi naik flight Air India ke Delhi, dari Delhi ke Srinagar (bandar pentadbiran bagi Kashmir) juga menaiki Air India. Manakala perjalanan balik pula menaiki Air India dari Srinagar ke Delhi, dari Delhi Ke Chennai naik Jet...perghhh merasa naik Jet lah kite kali ni dan dari Chennai ke KL dgn Air asia. Menjadikan jumlah hari pengembaraan selama 11 hari kesemuanya. Segala tiket flight dibeli secara online di Malaysia, kos flight RM 2K++ semuanye..

Mulanya nak beli tiket flight pergi dan balik je, sampai sana nak naik keretapi la, bas la, tapi memandangkan masa tak cukup lama dan jarakmya terlalu jauh diantara satu negeri dengan negeri yang lain maka terpaksalah beli tiket flight untuk bergerak disana. Lain kali kalau nak datang, kena datang cuti sekolah bln 12 baru ok.

Tiket dah ada, maka kena studylah sikit. Buat jadual perjalanan, tempat-tempat yang harus dilawati, berapa hari disesuatu tempat, kos hotel, kos pengangkutan, amaran-amaran dari pengembara yang pernah kesana dan semuanya aku tanya pada pakcik google dan makcik yahoo. Alhamdulillah dapatlah sedikit ilmu, ditambah lagi dengan bacaan buku dari lonely planet yang dibeli di MPH berharga Rm 115.20 mahal woo. Kalau nak murah boleh beli yang regional, detail tapi terhad dengan beberapa negeri sahaja. Memandangkan aku nak cover banyak tempat di India maka kena beli yang mahal tu leh. Tapi ok lah dapat membantu, aku beli juga sebuah phrasebooks yang mengandungi 15 bahasa tempatan india RM 41.80. Tapi tak sempat sangat nak belajar, main yang dah pandai masa tonton filem hindi dulu-dulu je.

Bila dah ada tiket pergi dan balik, kita kena mohon visa pelancongan dengan pejabat visa di  INDIA VISA CENTRE yang terletak di belakang bangunan Sultan Abdul Samad, iaitu menghadap laluan yang nak ke Central Market, kalau dari simpang empat Dataran Merdeka tu menghala ke Central Market atau Bangkok Bank sebelah kiri jalan boleh nampak India Visa Centre. Visa ni siap dlm 3 hari rasanya dan kena bayar RM 160 lebih kalau tak silap. Juga kena isi borang secara online melalui web dia sebelum pergi buat visa. Tapi semua tu tak jadi masalah sebab perkhidmatan isi borang disediakan dengan bayaran tertentu di pejabat tu, siap boleh ambik gambar visa sekali kat situ. Cuma perkara yang penting, kita kena buat jadual perjalanan kat India nanti, contohnya kita nak kemana mula-mulanye dan seterusnya ke negeri mana dan ke mana dan kemana sampai kita balik  contohnya 7/2/12 Kochi to Delhi - city tour ke ape ke,  ape ape jelah, tulis tangan pun tak pe sbb memang dia mintak jadual perjalanan tu dan jangan lupa menulis nama hotel kat india dalam borang permohonan visa tu. Nama hotel tu klentong pon takpe sbb dia tak chek pun, aku pun klentong je dulu. Cuma cari online dulu nama hotel kat negeri / daerah yang kita nak gi tu dan tulis je. Ye lah kita kembara bukannye melancong macam orang ada duit tu. Bila malam berlabuh kat situlah kita tido.

Sebelum pergi ni dapatlah nasihat kawan-kawan, kena guna beg galas yang betul supaya kita tidak sakit belakang ketika memikul beg yang berat dan lama. Thanks to cikgu Azwan dan Suhaime.  Maklumlah sblm ni pergi melancong tak peduli semua tu. Maka aku pun pi la cari beg galas kat Sogo, melayang RM 700 lebih, cap deuter tu, mahalnye. Nak beli yang murah kang....nanti menyesal pulak.

Semua perancangan yang dibuat ini aku serah kan bulat -bulat kepada Allah SWT, sebab hanya kepada Allah aku bergantung. Dahlah pergi sorang-sorang, tak de orang kenal kat sana, sakit demam mati ke ape ke, lepas tu bahasa omputih pulak miskin tahap C je kat universiti dulu dan 6 penin SPM dulu. Bahasa hindi pulak setakat kuch-kuch hota hai tu boleh la. Segalanya aku serahkan kepada Allah "Hasbunalllah wa ni'mal wakil".  

Catatan dan kisah di Kochi, Delhi, Kashmir dan Chennai akan dikongsikan pada post akan datang..








2 comments:

  1. Kami betul2 nak tau... sebab ke kochi untuk melawat saudara sebelah emak kenduri kahwin..kemudian nak terus ke Kashmir. Ke Kochi tiada masalah... nak ke Kashmir tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah..x dpt notice komen tuan/puan ni.. semoga dpt pergi kashmir dgn jayanya..terima kasih singgah disini

      Delete

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??