Sunday, October 9, 2016

Memandu Ke Bangkok: Bangi - Pattani - Hatyai - Koh Samui Thailand


Assalamualaikum, malam ini nak kongsi pengalaman aku sekeluarga memandu kereta dari Bangi ke Bangkok sejauh 4073 km. Perjalanan ini dibuat pada 28/5/2012- 8/6/2012, bermula dari Bangi-Cameron Highlands-Pengkalan Kubor-Pattani-Hatyai-Koh Samui-Dan Singkhon (Thai Myanmar Border)-Bangkok-Phuket-Pattani-Pengkalan Kubor-Bangi... satu keluarga dan sebuah kereta sahaja dengan menggunakan kudrat avanza yang banyak berjasa ini. Jarak di atas tidak termasuk pusing pusing di sesebuah bandar/tempat dan tersesat..he he mungkin mencecah 5000km jika dikira sekali. Sebenarnya misi ingin sampai ke Chiang Mai dan Segi Tiga Mas tetapi terbantut disebabkan satu masalah....

28/5/2012 Bangi - Cameron Highlands - Pengkalan Kubor (559 km)

Memulai perjalanan dengan persiapan yang minima, hanya servis tukar minyak hitam, tayar pun separuh botak. Singgah di Cameron Highlands dahulu untuk buka gelanggang, mandi air terjun dulu, minum minum teh segar dari ladang.. ye lah perjalanan ini jauh...tenangkan minda dulu... Isteri masih belum jelas akan hajat aku nak memandu sejauh itu, cuma sepatah aku kata bahawa kita akan ke Chiang Mai & Bangkok, dia hanya menjawab "mengarut"..

29/5/2012 Pengkalan Kubor -Pattani (149 km)

Pagi ini sampai Pengkalan Kubor, rumah pak mertua. Lepas sarapan, tidur sekejap. Malam tadi hanya tidur dalam kereta sahaja. Lepas zohor terus ajak isteri masuk ke Thailand, dah tak sempat sempat dah..
Sesetengah orang amat takut untuk memasuki negara Thai, lebih lebih lagi dari belah Golok, Narathiwat dan Pattani, gawat katakan. Macam macam berita kita dengar. Sebenarnya kita tak perlu takut sebab kehidupan di Selatan Thai macam biasa sahaja walaupun ada kes macam macam, buktinya sudah ramai kawan kawan dari Malaysia yang aku bawa pertama kalinya ke Thailand mahu ke sana lagi.

Aku nak cerita sikit cara nak buat masuk kereta ke Thailand bagi yang pertama kali:
1. Kena ada border Pass bagi orang Kelantan, Kedah, Perak dan perlis, itu pun hanya boleh pergi sejauh 30km dari Hatyai menghala ke Bangkok, kalau dari Hatyai menghala ke Golok tak kira km ye. Untuk trip ni tak lepas lah ye, krabi & phuket pun tak lepas ye.
2. Kena ada Pasport Antarabangsa berbaki 6 bulan, tapi kalau nak pergi Selatan Thai & Hatyai 2-3 bulan nak mati pun takpe.
3. Bawa Geran Ori atau salinan yang telah disahkan oleh JPJ di pintu Imigresen Malaysia. Ori tak payah sahkan. Tunjuk geran kpd polis yang bertugas, kalau kat Rantau Panjang sambil lalu je dia tengok, negeri lain pun sama, kalau kat Pengkalan Kubor kena bawa geran masuk pondok polis, dia semak pakai online.
4. Pastikan owner kereta ada sekali ye.
5. Masuk Siam, sila cari parking. Beli Insuran kereta, Isytihar kereta ke kastam, cop pasport. Sila ringankan mulut untuk bertanya ye. Insuran boleh juga dibeli di sebelah malay.
6. Siap, boleh pecut.

Ini pula senarai pintu sempadan Malaysia Thailand dan waktu operasi:

Perlis - Wang Klian 8pg -6ptg
            Padang Besar 6pg - 9mlm

Kedah - Bukit Kayu Hitam 6pg - 12mlm
             Kota Putra @ Durian Burong 8pg - 5ptg

Perak - Bukit Berapit @ Pengkalan Hulu 6pg -10mlm

Kelantan- Bukit Bunga 6pg - 6ptg
                Rantau Panjang 6pg - 9mlm
                Pengkalan Kubor 6pg - 6 ptg

Hanya pintu masuk Wang Klian sahaja yang aku belum pernah cuba, yang lain dah merasa, tapi kerap guna Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang, cuma trip kali ini aku masuk melalui Pengkalan Kubor.

Sampai di Pattani dan tidur dua malam di sini, sebenarnya Pattani ni rumah mak aku, mereka tinggal bertiga bersama adik perempuan aku dan menantunya.

31/5/2012 Pattani - Hatyai - Koh Samui (472 km)




10.15 pg bertolak dari Pattani ke Hatyai, nak tukar tayar kereta hajatnya. Isi minyak 1000 Bhat kat Hatyai. Sebenarnya trip ni disertai oleh isteri, 4 anak, ibu dan adik perempuan aku dengan sebuah avanza, sendat dan ketat. Dekat nak masuk Hatyai, polis tahan, kena saman sebab tak pakai tali pinggang keledar, denda 100 bhat, ada resit tau, bukan suap. Sebenarnya aku boleh membaca dan bertutur dalam bahasa siam, kerana pernah bersekolah rendah selama 6 bulan di sekolah kebangsaan siam..he he. tapi tak ade lah fasih sangat, cukup cukup makan je.

Sampai Hatyai, pusing cari tayar kereta, harga lebih kurang je...tak jadi tukar. Terus pecut ke koh Samui melalui Nakhon Si Thammarat atau Lega mengikut panggilan orang melayu, Isi minyak 840 bhat di Nakhon.

Sampai di jeti Donsak yang terletak di Wilayah Surat Thani atau Seatran Ferry Pier sudah agak lewat, kekecewaan jelas menjelma di raut wajah masing masing, tapi syukur masih dapat feri last untuk ke pulau. Feri akan bertolak setiap jam dari 5pg - 7 ptg dari Donsak ke Koh Samui begitu juga dari Koh Samui ke Donsak. Tambang pula 130 bhat seorang dan 420 bhat untuk kereta sekali driver, penumpang sila jalan kaki ye untuk naik feri, hanya drebar je boleh naik kereta. Kalau nak murah tinggal kereta kat tanah besar dan di pulau gunalah pengangkutan awam. Aku habis sekitar 900 bhat. nak detail tengok sini http://www.seatranferry.com/en/index.php

Nak menaiki feri

Feri ni besar dan selesa, pemandangan pula memukau tambahaan pula waktu itu matahari mulai sembunyai di ufuk nan jauh, perjalanan selama 1:30 minit tidak terasa. Boleh berehat dan makan di kedai yang disediakan.
pemandangan atas feri

 Jam 8.30 mlm, feri mulai berlabuh di Nathon Pier, misi mencari makan dan tempat beradu pula.

Jujurnya agak sukar untuk mencari makanan halal disini, hanya ada dua buah restoren halal milik orang Pattani dan Narathiwat di dalam pekan Koh Samui, mengikut pemilik restoren tempat kami makan malam itu lah.
 kedai tempat kami makan malam tu

Cuma kat pulau ni ada sebuah perkampungan Islam yang lengkap dengan Restoren, tempat penginapan dan masjid, tapi kat mano nak cari malam malam buto ni. Lepas mengisi perut, mata pun dah berat, terjumpa pula Coco House Banglow berharga 400b sebilik, ambik dua bilik. Elok aje bersiap nak tidur...isteri berbisik 'jom pegi pasar malam yang kita nampak tadi', adoi mak !!. layan lah juge. Lepas pusing balik tido.

1/6/2012 Pusing Koh Samui
Masjid di perkampungan Islam 

Misi pagi selepas chek out, ialah mencari perkampungan melayu untuk makan dan bersilaturrahim, Alhamdulillah jumpa dan masih ada nasi berlauk dan nasi kerabu untuk santapan, Masjid di sini namanya Masjid Nurul Ihsan tapi ditulis dengan Nuruliahsan tapi kalau google map dia tulis Koh Samui Nurun Eia San Mosque. Lepas makan, ditakdirkan terjumpa jiran mak aku sebelah rumah di Pattani nuh, beliau mencari rezeki dengan membuka kedai jahit secara kecil kecilan. Sebenarnya perkampungan ini dihuni oleh masyarakat melayu Islam dari Pattani dan Narathiwat, ramai di kalangan mereka menjadi nelayan disini. jadi jangan bimbang, makan dan menginap di kampung ni senang dan selesa.
Oh ye, kampung ini terletak di Hua Thanon di persimpangan menuju Bhan Tha Po dan 200 meter keselatan dalam mukim atau Moo 1.
Gambar masjid, resort dan restoren di perkampungan Islam

Hin Ta Hin Yai pusing Koh Samui



Selepas makan dan bermesra dengan penduduk islam di situ, kami pusing pusing pulau dan bandar Koh Samui, antara tempat yang dilawati ialah ke Batu Hin Ta Hin Yai, iaitu batu yang berbentuk kemaluang lelaki dan perempuang, dah puas pusing satu pulau, kami ke Jeti menuju ke Donsak meninggalkan Koh Samui.

Donsak Surat Thani - Prachuap Khiri Khan (450 km)

5.40 petang berlabuh terus menuju ke Bangkok, isi minyak di Donsak 880 bhat, tidur di sebuah rest house di Prachuap Khiri Khan berharga 500 bhat, sumbat semua orang, bilik dia luas juga. Sebenarnya perjalanan ini santai santai sahaja, bila penat kita rehat, bila malam kita cari bilik murah murah yang penting hati mau senang sebab semua ahli keluarga ada bersama, nak apa lagi ??. alasan utama tidur di sini sebab nak singgah shoping di sempadan Thai-Myanmar.    Bersambung.....

MENGEMBARALAH, PASTI AKAN KETEMU SIAPA DIRIMU
KEMBARA SOLO TETAP DIHATI

20 comments:

  1. assalam..masa drive kt thai pkai license memandu yg mlysia nh ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf x perasaan pertanyaan puan. Lesen kita laku di mana mana. Saya pernah memandu di siam.turki. morocco. Spain. Jadi x perlu lesen antarabangsa pn.

      Delete
  2. Menarik pengalaman tuan... Utk ke bangkok, tuan guna panduan waze shj ka @ ada cara utk dptkan perjalanan yg lebih dekat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf x dpt email komen tuan ni...masa saya oergi dulu x guna internet pun..cuma saya guna offline map.. kalau nk terus ke bangkok beoleh terus terus saja tanpa masuk ke belah krabi atau belah kohsamui

      Delete
  3. Untung juga tuan boleh cakap siam,senang sebab susah juga nak komunikasi sebab ada orang thai yang tak pandai cakap english..huhu...dah terkena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..tapi ok je. Kalu x boleh juga guna bahasa ayam itik jelah

      Delete
  4. SAYA TAHUN LEPAS DAH KE
    KRABI DAN PHUKET...DENGAN KERETA...AMAT MUDAH SEBAB BELI TOPUP BUKA WAZE SELESAI HOTEL DAN TEMPAT MKN MUDAH CARI...TIADA MASALAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah senang sekarang, zmn saya gi ni waze x de lagi. Tima kasih kerana singgah di blog saya

      Delete
  5. tuan,kalau kereta orang lain,tak boleh masuk thailand ke?kereta abg saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole buat surat kebenaran, tengok contoh kat google. Lain sempadan lain cara. Sbb setengah perlu suruhanjaya sumpah. Setengah sempadan x perlu. Geran pula ada nk yg ori ada yg copy pn x pe..

      Delete
  6. Menarik... Plan nk ke chiang mai..hujung bulan ni.. Tgh cari info..

    ReplyDelete
  7. assalam tuan,
    kami berminat nk driving travel ke surat thani n koh samui. Agaknya sepanjang perjalanan tu, laluan yg akan digunakan selamat x? risau tp teringin sgt coz nk menikmati suasana persekitaran tempat org.
    Mohon panduan drpd pengalaman tuan. antara panduan yg kami perlukan adalah spt kedai mkn muslim (kami suka mkn), insurans yg terjamin n lain2 yg mana baik n sesuai. terima kasih

    ReplyDelete
  8. Thailand selamat je..saya 2-3 bulan sekali balik ke pattani..insyaAllah. kedai makan sepanjang perjalanan kena intai intai sikit le..bila sampai samui..kalau dulu 2@3 biji je kedai makan muslim. Kalau nk makan drive ke perkampungan islam yg saya terang dlm tulisan atas. Utk insuran..dulu dan skrg saya pakai yg wajib tu je utk kereta.. tapi dengar kata ada yg bagus utk cover mcm mcm kes.. nanti saya tanya kawan..dia ada ambik bln 5 baru ni

    ReplyDelete
  9. As salam... Tuan, kalau trip dr danok ke Bangkok .. Agak2 nye lokasi pertengahan utk stop rehat dimana ye... Mohon nasihat.. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana mana boleh...kalau di RnR suratthani oun boleh, byk bas berenti kat situ. Kalau di chumphon pun boleh, kalau ikut jarak chumphon mcm tengah tengah jugaklah...tapi ikut masa dan kepenatan lah tuan.. elok gerak dari danokawal pagi..bole sampai bangkok malam.. kalau penat c in je mana mana bilik kat tepi jln dlm 400-600 bhat je smalaman. Semoga selamat dan enjoy tuan

      Delete
    2. Kalau bole bawak ricecooker dan sardin standbye kalu terlalu lapar boleh c in bilik dan masak...manatau takut terlepas pandang kedai makan muslim...saya dulu rugi x bawak

      Delete
  10. raya cina kita naik sekali lagi ke surathani, masuk ni dah kali 3, 1 kali ke bangkok drive sendiri baru syiok.

    ReplyDelete

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??