Saturday, September 12, 2015

Kembara Solo India: - Gulmarg Kashmir


Assalamualaikum. Malam ini terasa nak update sedikit tentang kembara solo india yang lama berhabuk, memori pun dah hampir kabur...sambungan dari pahalgam dulu...

12/3/2012 Gulmarg Kashmir

Pagi ini selepas solat aku sempat berguling guling dalam bilik, setelah sarapan aku meneruskan kembara dan perjalanan solo di bumi kashmir india ini, hari ini kami akan ke Gulmarg iaitu ke sebuah daerah yang dikawal ketat oleh tentera. Kami akan bertolak jam 10 pg.

Gulmarg yang membawa maksud "mawar" adalah tempat resort ski terkenal di india, bahkan ia menjadi jantung atau nadi bagi sukan musim sejuk. Ia juga menjadi resort bagi para raja dan juga menjadi lokasi awal untuk ke puncak Himalaya. Oleh kerana gulmarg tidak jauh dengan sempadan pakistan, maka kelibat askar senang dilihat disana sini, hatta dibelakang pokok berhampiran kita. ketinggian gulmarg ialah 8825 ft dari paras laut, namun jarak keseluruhan lif ski mencapai 12,959 ft. Lereng Bukit Afarwat dari Pir Panjal Range ke puncak Himalayaa menjadi lereng ski tertinggi dan terpanjang di Asia. Kabel car dia pulak adalah tertinggi didunia 3979 meter. Kalau datang kashmir tapi tak sampai sini tak sah le.

Jarak dari Dal lake srinagar ke Gulmarg atau disebut "gulmarak" dalam loghat tempatan ialah lebih kurang 57Km @ 60Km gitu. Mungkin disebabkan jarak agak dekat menyebabkan perjalanan ini bermula agak lewat. Tepat jam 10.15 pagi kami bertolak...


Hiruk pikuk penduduk tempatan saat meninggalkan bandar srinagar


Suasana mendamaikan diperjalanan 

Dalam perjalanan hari ini juga, kami melalui sebuah perkampungan syiah. 'syiah kafir' kata pakcik jurupandu aku. he he..betul tu cik, tapi nanti kita solat sama-sama ye.'dalam hati berkata-kata'. 

rindunya hati ini bila melihat gambar sebegini, hidup mereka ringkas dan tidak terkejar-kejar dek minda kapitalis seperti di KL. Rindu untuk bergaul, bermesra dan menjalani kehidupan seperti mereka, buat seketika waktu. 

Jika kita berhasrat untuk ke gulmarg dengan menaiki bas tempatan. Bas hanya berhenti di Tangmarg. Setelah sampai di Tangmarg, kita boleh menyewa jeep untuk mendaki ke puncak gulmarg yang sejauh 13km. Tapi oleh kerana aku sewa jeep dari houseboat maka perjalanan ini terus sahaja sampai ke puncak. 



Pendakian bermula

Pendakian menelusuri lereng bukit agak mengujakan kerana semakin tinggi semakin cantik pemandangannya. Jurupandu pula berpesan supaya jangan dilihat curam-curm yang dalam, takut aku gayat katanya. Aku ok je yang penting stereng tu jaga elok elok. he he..



Kenderaan tentera agak banyak, siap pakai rantai kat tayar tu....

Oleh kerana gulmarg ni dekat dengan Pakistan, maka banyak lah lori pakcik askar ni, kadang kadang jem di buatnya. Nak di potong tak boleh, jalan konar konar atas bukit pulak tu. Nak di follow, asar kang sampai. 


 Alhamdulillah, ketibaan kami disambut oleh laungan azan zohor

Setelah diberitahu beberapa perkara, jurupandu aku meninggalkan aku sorang sorang kat sini (jeep tu..). untunglah.. dia hanya tunggu dalam kereta bersama driver, sedangkan aku berhempas pulas mengerah otak.

resort kat atas ni

 Ikut papan tanda utk ke gondola




Dari parking tadi kita perlu jalan kaki mengikut signbord lebih kurang 1km kot untuk sampai ke gondola. time tu la kita akan digoda oleh orang kat sini untuk bermain ski la, main slide la macam malam le. Oleh kerana benda tu dah try kat sonamarg 2-3 hari lepas, maka tak perlu lagi lah rasanye. 


Sekali tengok bennar ni terus rasa nak masuk pertandingan, tapi sayang bukan hari niiii.. aduh. perlu dilupakan.... Tak salah untuk berhayal rasanya, lagipun ini kembara solo india kashmir, kita yang rasa dan kita yang tahu.


Sedih tengok gambar ni...

Oleh kerana gondola tu agak jauh juga, maka para pengunjung menjimatkan tenaga dengan duduk aje kat atas peluncur tu dan ditarik oleh para pekerja. jujurnya aku tak sampai hati nak naik, sbb jika kita penat berjalan, mereka 2x penat, nak tarik kita lagi. terjerlus dalam salji lagi. Kalau di negeri omputih, binatang atau moto ski akan digunakan untuk menarik orang. Tapi di sini, saudara seagamaku. Demi sesuap nasi.

Sampai aje dikaunter tiket, buntu aku melihatnya. Manusia berpusu pusu untuk membeli tiket. kaunter hanya satu, orang pula ramai. Peraturan pula kelaut, adab sopan semua masuk kubur. aduhhhh. "Crazy man, crazy country" ucap mat saleh kat sebelah aku. Pelawat, ejen pelancong dan ulat tiket langsung tak nak beratur. Main langgar dan tolak menolak. Kita orang melayu, adap sopan pula tinggi maka dua kali percubaan utuk membeli tiket gagal. bila masuk aje kerumunan, ditolak. masuk aje ditolak. 

Tak boleh jadi ni... hari semakin lewat. Nanti tak boleh naik gondola, berputih matalah kita. Angin ribut pula agak kuat kat atas sana. Aku cuba meminta orang tempatan yang sedang berebut berebut dan berhimpit himpit supaya dibelikan tiket, tapi mereka tak mahu. Pernah juga memint askar yang belikan, tengok tengok dia pun kena tolak.. hampeh tul. 

Setelah tiada cara lembut lagi, maka hero perlu mengamuk, aku ikat tali pinggang kuat kuat, sembunyikan kemera yang besar gedabak tu dalam jaket, zip baju n seluar kemas kemas. maka aku pun merempuh masuk dalam kawanan manusia yang seakan akan macam lembu bergomol itu, masuk dari tengah di tolak keluar. masuk dari depan melalui tepi kaunter barulah aku berjaya berada didepan. ketika itu bising beberapa orang malaungkan bahawa aku telah memotong barisan, sedangkan dia beratur dari tadi. Aku pun naik hangin le. aku sound je  " sudah berejam aku beratur kat sini, dari tadi, siapa lambat duduk belakang". Dah habis cara dah...  Tapi sayang tiada gambar...tak terlintas...



Bila berjaya beli tiket, harga dia rp 300. bergegas naik gondola ..



Kat atas ni beratur panjang juga, tapi tak ape sbb ada perturan...

Tiba giliran aku, gondola meluncur dan bergayut, fuhh lega. Gondola aku ni muat 4 orang 2 dari kanada dan 1 dari itali. 'Wah, kita semua, warga asing' gelak sorang mat saleh, nih. Dan masing masing menggelengkan kepala sambil berkata 'negara yang teruk'. Mereka semua siap dgn alatan ski masing masing.



 dari godola dapat dilihat peluncur pro dibawah sana


 rumah rehat semua tertimbus

 Merapat ke stage pertama


Bergambar sekeping dua aje kat stage satu, beku dah nih, angin terlalu kuat. Stage dua pula tutup, ribut. adeh.. sempatlah berbuat dengan warga malaysia yg datang dgn travel agensi.


Tak boleh lama kat atas ni, dah beku dah muka tangan bagai. turun terus 
angin kencang tak memungkinkan aku bertahan...

Turun, penat pulak nak menapak ke tempat parking nak cari diaorang lagi. Lepas tu terus balik. Malam pula keluar ke Dal gate, makan dan perabih duit sikit sebanyak. tadi siang tak makan..

Sekian kembara solo india kashmir gulmarg untuk hari ke enam di bumi kashmir, bumi yang cukup asing bagi diriku namun dekat di hati. bersambung esok hari..... 
Mengembaralah, pasti kamu akan ketemu siapa dirimu..
KEMBARA SOLO TETAP DIHATI

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??