Wednesday, October 7, 2015

Kembara Solo India : Sight Seeing Srinagar Kashmir



Assalamualaikum... malam ni ada mood sedikit untuk merakam kembali kenangan kembara solo india kashmir. Malam ni pula nak rakam sight seeing tempat indah dan menarik sekitar Srinagar kashmir. Jom sambung kisah di kashmir.

13/3/2012 Srinagar Kashmir

Hari ini merupakan hari terakhir untuk melengkapkan jadual musafir dan kembara di bumi kashmir kerana esok aku akan bertolak ke Delhi, sedih kerana akan meninggalkan bumi yang cukup indah ini. Apapun kekadang perasaan nak "lari' dari sini ada juga bila memikirkan 1 @ 2 kali di tipu oleh pakcik muzaffar. Tapi kembara perlu diteruskan jika tidak, 'manis'nya akan hilang. Diantara tempat tempat yang dilawati pada hari ini ialah : naik moto dengan ashok hari ni...

Dal Lake - di darat bukan dalam tasik lagi

Mula mula sekali pusing dal lake cukup setangkup... Indah dan mendamaikan...






Cheshmashahi Garden - Mughal Garden

Tempat ni kita dapat menikmati suasana seperti di belanda, bunga tulip, rose segala macam bunga ada. tapi sayang.. dia orang baru tanam. kena datang bulan 8 atau 9 baru berbunga...











Pari Mahal -   Tempatnya atas bukit --damai





Dal lake di belakang


Nishat Bagh - Mughal Garden 

Taman ni terletak betul betul ditepi Dal Lake. Taman taman ni semua akan lebih indah dan cantik pada musim bunga.





Masjid Hazratbal

Kalau tak silap yg nilah masjid Hazratbal dari depan (dah lupa yg mana satu) banyak sangat masjid sampai lupa. kalau silap mohon maaf..


Dua dua ni  kompom dalam kawasan masjid Hazratbal, sekarang ni kan musim maulid, ginilah gayanya mereka menyambutnya..

'Hazrat' bermaksud suci 'bal' pula bermaksud tempat. Ini adalah kerana didakwa bahawa masjid ini disimpan rambut Nabi SAW. Kisahnya panjanglah bagaimana rambut tu boleh sampai ke Kashmir (jika benar). Dimasjid inilah aku solat zohor dan memanaskan badan sedikit, kerana karpet dan suasana dalam masjid agak hangat. Masjd ini terletak di tepi Dal lake.

Selesai solat, aku menyuruh Ashok untuk solat. Dia berkata 'saya tidak solat hari ini'... aikkk ada hari hari pulak kau solat. Saya tanya kenapa ?. Dia kata 'saya belum mandi'.. Ooo kamu berjunub ke ?. "tidak jawab Ashok. Habis tu kenapa perlu mandi untuk solat. "saya tak solat hari ini'. Adoi.. kalau anak beranak aku, mau aku hempuk kepala nih.

Satu perkara nak pesan, jika kita nak kencing kat tandas masjid ni, pastikan jangan memegang dinding. sebab dinding tandas penuh dengan kahak dan air liur berwarna oren gitu. mungkin kesan makan sireh kot.

Kat sini aku melihat satu keluarga dari Malaysia, lagaknya macam orang kaya. Tak sempat nak bertegur sapa. Lepas tu aku beli 2 biji kopiah kat sini, sampai saat post ni ditulis pun, kopiah tu masih utuh dan dipakai ke surau.

Jama Masjid 


 Atas - dari luar
Bawah - dari dalam


 Tiang masjid diperbuat dari kayu solid, salah satu tiang bersambung terus dengan syurga "kata Ahsyok"
sambil memegang tiang dan berdoa selepas itu mencium tangan. "kau doa apa syok ? zohor pun belum solat lagi.  tanya aku, "What" katanya. "Tak de...tiang ni cantik"..kata aku. Semoga Allah memberi hidayah kepada keluarga ini..




Gambar ni pulak dalam masjid Jama' dan nun jauh di sana ialah sebelah bahu kiri aku tu ialah Masjid Akhund Mullah.

Masjid Akhund Mullah Dan Kubu Hari Prabat

Sebenarnya aku tak naik pun atas tu, hanya shot gambar atas motor bergerak je..  Dalam tu ada lah masjid..




Inilah rupa masjid Akhund Mullah (yg ni sekeping sumber dari internet)

Pusing Bandar Srinagar








Gambar last tu paling hebat, tak de kat tempat lain. Only in kashmir and india. Lap lap celah pokok tu..

Pusing punya pusing terbeli kacang cerdik 2kg dan Zafron 3g. Balik ke house boat. lepas solat asar keluar makan sorang sorang, lepas tu pusing pusing pasar malam kat dal gate ni. Oleh kerana esok dah nak balik ke Delhi, cenderahati dari Kashmir belum beli lagi. Aku pun membeli sepasang sut Kashmiri untuk isteri tersayang berharga 1500rp dan 10 helai selendang dengan harga 1000rp, aikk hari pertama beli selendang yang sama, berharga 250rp kat dalam tasik tu, tapi kat darat ni dapat 100rp sahaja. Jadi moralnya jangan beli kat dalam tasik tu, pusing naik shikara je, jangan beli apa apa.

Balik kebilik, kira punya kira tak cukup selendang sehelai sorang untuk mak, adik dan ipar duai, ajak ashok beli lagi lima helai 500rp dan sehelai berharga 250rp, pokai..botak. Balik bilik menyesal.. sebab esok mesti berat nak pikul beg nih. jadual banyak lagi. nak pusing Delhi, Taj Mahal, chennai lagi fuhhh. Tido... bersambung...
Mengembaralah, pasti kamu akan ketemu siapa dirimu..
KEMBARA SOLO TETAP DIHATI

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??