Wednesday, November 4, 2015

Kembara Solo India : Kashmir To Delhi


Assalamualikum.. nak update sikit kembara solo india yang tertunggak tu..

14/3/2012 Srinagar to Delhi

Selepas solat subuh, mengemas beg. Berat woo. mau tak berat, masa shoping tak ingat dunia. Aku terpaksa tinggalkan kashmir kohwah sebab takut sangkut kat airport, maklumlah benda tu daun kering. Jam 11 pagi mintak dia orang hantar aku ke airport, dah tak sabar nak tinggalkan dia orang, tapi sedih pun ada. Jujurnya walaupun pakcik muzaffar dan anaknya Ashok telah menipu aku tapi hubungan kami agak baik dan layanan mereka sangat baik kepada aku.

Pakcik Muzaffar mintak baki bayaran sebanyak rp 5500, hu hu. Termasuk rp1000 round pakai moto semalam. Aduh .. tipu lagi. sebenarnya semua dah masuk bayaran tapi di mintak lagi extra rp 1000. Aku bagi je sbb tak nak rosakkan mood pagi pagi ni. Selepas bersalam dan berpelukan aku bertolak dengan seorang driver ke airport.

11.45 sampai airport, driver mintak tip pulak, aku bagi rp 50 dia tak mahu, bagi 100 baru lah dia amik. pokai.. Sampai di chek point pertama nak masuk kawasan airport, kena turunkan semua barang, scan barang, badan dan berjalan kaki. setelah itu ambil barang muat atas kereta barulah boleh terus ke terminal. Ambil troli dan scan lagi nak masuk dalam terminal. Lepas scan ni ada sorang mamat ni beriya iya nak tolong aku, siap angkat beg, tolak troli dan tunjukkan jalan. last sekali dia mintak tip, aku tak bagi pon. Duit dah tak dak bhai..

Selepas chek in, rileks kejap dan melalui 3,4 kali pemeriksaan keselamatan barulah lepas ke kawasan bording, fuhh.. ketat sungguh kawalan keselamatan kat sini. Rupanya ada lagi satu tapisan. iaitu tapisan last untuk beg sebelum dibawa naik ke pesawat, aku terpaksa ke tempat lapangan dan memastikan bahawa beg sekian sekian milik kita dan destinasinya betul. peningla. macam pasar malam daa.

Lepas tu aku disapa oleh seorang pakcik, 'dari Malaysia ke?'. Lega sikit ada teman berborak buat seketika waktu. Beliau datang dengan pakej, harganya RM 4K untuk 6 hari. 4 hari di jaipur dan 2 hari di kashmir. Selepas pakcik ni berlepas, aku pun pergi solat. Jam 2.10 ptg naik kapalterbang dan jam 2.40 bertolak, manakala jam 5 ptg tiba di Delhi.

Naik teksi rp 350 ke Masjid Jama' untuk cari hotel, maghrib jam 7 baru sampai, jem ooo, hari bekerja. Bila sampai kawasan Masjid Jama' teksi tak nak masuk, dia drop kat luar aje, sesak katanya. sesak betul. Penuh dengan pejalan kaki dan beca tayar tiga. Penat naik turun cari hotel. Ada satu hotel tu, punyalah samseng dia berdiri di muka pintu sambil cekak pinggang dan berkata " kia ??..bolo.. Cepat cepat aku jawab 'kamre'. "nehe karunge'. Rasa macam peminta sedekah pun ada. Dah la penat, beg berat lagi, dilayan macam tu pulak. Rupa rupanya kat masjid Jama' ni ada satu hotel untuk orang asing iaitu hotel New City Palace, hotel murah yang lain untuk orang local aje. patut pun.

Tuan hotel ni baik, mesra dan mudah kiro sene baso, orang kelantan kata. harganya pun murah rp 500 aje semalam. hotel ni unik kerana, waktu chek out di kira dari waktu chek in. Contoh, aku chek in 7.30 malam maka aku boleh chek out 7.30 malam besok. Begitu lah kalau masuk jam 2 pagi boleh keluar jam 2 pagi juga. Unikkan.

Selepas letak beg di bilik, sekali lagi aku ke kaunter, bertanya beberapa soalan. Sebab esok nak ke Agra. Cadang nak naik keretapi. Tapi tuan hotel ni promote daily pakej ke Agra, harga pun murah sekitar rp 425 sahaja. Pakej lawatan akan ke Agra, Tajmahal, Agra fort, Fatehpur Sikri dan Mathura dengan luxury coach. tidak termasuk makan dan tiket masuk ketempat lawatan. Ok lah tu. Aku terus bayar aje, senang...5.30 pagi esok bas akan bertolak. Trip ketempat tempat lain pun ada..



Pekena mutton briyani rp 106.88 di al-Jawarhar restoran sekali lagi. balik tidur. tak sabar nak menyaksikan keindahan Taj Mahal esok hari.....bersambung.

MENGEMBARALAH, PASTI AKAN KETEMU SIAPA DIRIMU
KEMBARA SOLO TETAP DIHATI 

ADA JAWAPAN KA, BILA KITA BERDEPAN TUHAN NANTI ??